Teknologi

Mana Lagi Berbaloi, Guna Pendrive Atau Hard Disk?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Mana Lagi Berbaloi, Guna Pendrive Atau Hard Disk?

Pengunaan memori pada komputer atau telefon sudah semakin padat. Lebih lagi kalau orang perempuan, setiap segenap inci gambar atau selfie mahu disimpan. Sekarang ini ramai yang kearah menyimpan segala bentuk fail secara digital. Telefon pintar sudah boleh diganti dengan 

Ada masanya kita perlu clear segala fail dalam komputer atau telefon pintar bagi mengelakkan file corrupt atau dijangkiti virus. Jangan masa itu baru anda hendak menyesal tau! Ruang penyimpan luar yang biasa digunakan ialah pendrive dan hard disk. 

Tapi akan muncul kebimbangan serta kemusykilan tentang dua benda ini. Agaknya yang mana lebih bagus dan paling penting berpatutan dengan bajet serta tujuan.

Wanista ringkaskan tentang pendrive vs hard disk…

Pendrive – memori penyimpanan yang menggunakan cip kecil.

Kebaikan Pendrive

# Senang dibawa kemana-mana.

# Dijual dengan pelbagai saiz memori sehingga 4GB kepada 200GB.

# Boleh digunakan pada komputer, komputer riba dan telefon pintar. 

# Kelajuan menerima data lebih pantas dan lebih bersih berbanding hard disk.

Foto – Digitek Trading Ltd

Kekurangan Pendrive

# Mudah rosak atau dijangkiti virus siber.

# Ruang penyimpanan yang kecil tidak sesuai kepada pengguna besar.

Foto – Imgur

Hard Disk – menggunakan disk (seperti cakera padat) dan berpusing ketika dipacukan. 

Kebaikan Hard Disk

# Penyimpanan yang berkualiti, besar dan tahan lama. 

# Ia multitasking pada mana-mana peranti lama atau baharu.

Foto – Wikipedia

Kekurangan Hard Disk 

# Keberangkalian untuk hilang data sekaligus boleh berlaku.

# Sedikit mahal dan tidak mudah dibawa. 

# Jika tidak dijaga rapi data yang disimpan boleh rosak secara tiba-tiba. 

Senang cerita ia bergantung kepada bentuk fail yang anda ingin simpan. Jika ia sesuatu yang bernilai jadi mustahak untuk anda melabur sedikit wang bagi mendapatkan hard disk. Namun hanya untuk kegunaan harian pendrive pun dah okay.

Semoga bermanfaat! 

BACA  Samsung Saingi Dunia Fesyen Dengan Rekaan Jam Futuristik Ranggi