Sejak dua menjak ini kecoh pula tentang pertarungan sengit diantara dua peninju profesional UFC, Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor. Walaupun pertemuan mereka telah berakhir tapi masih ada lagi drama yang belum tamat diantara peminat mahupun dua peninju ini. Namun disini bukan itu yang Wanista mahu kupaskan.
Fizikal atlet gusti biasanya berbadan sasa dan tegap bersesuaian untuk bergerak tangkas bagi taktikal menyerang. Kesan pukulan atau luka akibat pertarungan lama kadang dapat dilihat dan kesan melampau ialah pada bahagian telinga peninju. Mungkin sebelum ini kita semua tidak perasan tentang cuping telinga ahli gusti yang mengalami kesan trauma dari pertarungan.
Ia dikenali sebagai cauliflower ear bermaksud telinga bunga kubis.
Kesan sebegini boleh dilihat pada para peninju secara amnya kerana mereka lebih terdedah kepada hentakan atau pukulan sisi. Kecederaan tersebut menyebabkan tulang lembut dan saluran darah telinga pecah sekaligus mendatangkan jangkitan kuman jika tidak dirawat.
Lebih parah lagi apabila ia boleh membawa kepada permasalahan pendengaran, sakit kepala sehingga hilang penghilatan.
Tapi kenapa telinga boleh berubah bentuk sebegitu?
Ini kerana penggantian tisu yang rosak kepada yang baharu dan akhirnya menjadikan keadaan telinga seperti bunga kubis. Pembedahan otoplasty boleh sedikit sebanyak merawat cauliflower ear kepada normal. Namun ia mengambil banyak risiko jangkitan kuman.
Jangan ingat mereka yang bermain gusti sahaja berisiko mendapat cauliflower ear, kemalangan biasa melibatkan telinga juga boleh terjadi.