Dekorasi

Kenali Personaliti Seseorang Melalui Cara Dia Menghias Rumah

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Kenali Personaliti Seseorang Melalui Cara Dia Menghias Rumah

Penulis terbaca satu artikel di portal gaya hidup Reader’s Digest dan tertarik ingin berkongsi dengan anda.

Tahukah anda bahawa kita boleh mengenali personaliti seseorang itu menerusi cara dia menghias rumah. Kalau sukakan gaya vintaj adakah si dia seorang yang sentimental? Atau yang moden seorang extrovert? Rimas dengan perabot yang banyak di rumah, jadi bagaimana orangnya? Gemar kepada deko yang berwarna-warni, adakah dia seorang yang ceria dan periang? Tapi kalau yang jenis bersepah pula…. jengjengjeng..

Nak tahu, korang kenalah baca tips ini….

Foto keluarga menghiasi di segenap ruang

Katanya individu sebegini mempunyai sifat nostalgia dan klasik. Senang mencari keselesaan dengan melihat potret setiap ahli keluarga dalam mencipta kenangan terindah bersama.

Foto – creativeflow.club
Gemar mengumpul karya seni halus

Individu sebegini merupakan seorang yang business minded.

Foto – AliExpress.com

“Bagi orang yang benar-benar pandai dalam dunia pengumpulan seni, melabur dalam karya seni tidak perlu merasa seperti pelaburan sepanjang hayat, kerana mereka bijak membeli dan menjual, ” kata Whitney Leigh Morris, penulis buku Small Space Style: Because You Don’t Have to Live Large to Live Beautifully.

Selesa dengan ruang yang kosong

Individu sebegini mungkin ada rasa ragu-ragu dan takut membuat kesilapan melabur untuk reka bentuk mahal, atau sekadar takutkan komitmen. Disebabkan itu selesa membiarkan ruang rumah kosong dan kalau perabot hanya yang perlu saja ada.

Foto – interior designing
Ada elemen hijau yang segar di dalam rumah

Bagaimana orangnya ye? Individu sebegini mempunyai personaliti yang cool, relaks, dan segar. Sukakan kehijauan kerana pada mereka benda sebegitu menenangkan jiwa, pasti akan ada elemen tumbuhan segar memenuhi ruang, contohnya di dapur, bilik air, meja makan atau sekadar di beranda.

Foto – Shutterstock
Meja kerja atau meja belajar penuh dengan barang

Pakar Thom Filicia dari program Get a Room with Carson & Thom berkata individu yang mempunyai pelbagai benda di atas meja mereka berkemungkinan seorang yang sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan, seorang yang tidak menentu dan mungkin juga kelam-kabut.

Foto – SPY
Deko dengan cara gantung

Jika anda memilih menggantung gambar, karya seni, atau benda yang dicipta oleh anak-anak anda, itu bermakna anda seorang yang open minded dan sukakan perubahan, selesa untuk bertukar gaya rumah pada bila-bila masa.

Foto – www.rd.com
Mencipta sudut kecil

Individu yang selesa mencipta sudut kecil di rumah mungkin bermakna anda lebih suka kehidupan yang tenang. Mungkin seorang yang introvert senang duduk membaca buku di sudut kecil sambil menikmati minuman kegemaran tanpa sebarang gangguan.

Foto – Homedit
Ada kepingan vintaj menghiasi ruang

Sama ada disebabkan kekangan bajet menyebabkan mereka melabur kepada barangan vintaj. Tapi yang pasti individu sebegini mempunyai sifat praktikal dan asas dalam kehidupannya. Mempunyai pemikiran yang jelas dan diterima akal serta realistik.

Foto – htprofile.com

Bonus

Yang jenis malas mengemas, bagaimana orangnya?

Nah baca di sini – Malas Kemas Katil? Anda Sebenarnya Seorang Yang…

BACA  Demi Keselamatan, IKEA Tegas Pulangkan Almari Berlaci SUNDVIK

Jadi anda seorang yang bagaimana?

RUJUKAN