Makanan

Korang Wajib Cuba Rasa Gula-Gula Garam Gunung “Himalaya Salt Sports Candy” Ni!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Korang Wajib Cuba Rasa Gula-Gula Garam Gunung “Himalaya Salt Sports Candy” Ni!

Kalau dahulu Big Foot hanyalah sekadar jenama pengeluar gula-gula klasik yang popular dalam kalangan kanak-kanak era 90-an, kini syarikat itu tampil pula menghasilkan satu lagi rangkaian gula-gula baharu yang lebih mengancam, istimewa untuk dinikmati individu dewasa juga!

IKLAN

Bukan seperti produk lolipop lain yang banyak dihasilkan Big Foot, gula-gula yang dipaketkan dalam plastik pembungkus mudah dibawa ini mengandungi 12 biji gula-gula individual istimewa, yang sudah diinfus dengan khasiat garam gunung asli. Rasanya cukup enak apabila dikemam bahkan, ia dikhabarkan mampu meningkatkan stamina bagi yang gemar bersukan juga! Jadi sekarang jelaslah mengapa gula-gula ini dipanggil “Himalaya Salt Sports Candy”.

Perisa Lemon. Sumber: Facebook/Big Foot Malaysia

Terdapat dalam dua pilihan perisa, ia mengandungi banyak kebaikan untuk keishatan di mana, gula-gula unik ini mengandungi lebih 80 kandungan mineral asli termasuklah potassium, magnesium dan kalsium yang sangat dibutuhkan tubuh badan manusia.

Perisa Pudina. Sumber: Facebook/Big Foot Malaysia

Bukan itu sahaja, garam Himalaya yang merupakan ramuan utama dalam gula-gula ini juga bisa mengekal hidrasi dalam tubuh badan manusia di samping Vitamin C yang terdapat dalam sitrus lemon dan ekstrak pudina pula diakui memberi faedah terbesar buat si pengamal sukan yang aktif saban hari.

Sumber: Facebook/Big Foot Malaysia

3 Kebaikan Lain Makan Garam Gunung Himalaya

  • Mengelak tekanan darah rendah
  • Merelakskan ketegangan dan tekanan pada otot dan sendi
  • Membunuh bakteria dan kuman jahat dalam tubuh

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/bigfoot.my]