Sebagai peminat fesyen jalanan, pasti ramai mengetahui tentang kehadiran but ikonik yang dihasilkan jenama Timberland sejak tahun 1973 ini.
Pada asalnya but Timberland bukanlah item fesyen yang digila-gilakan ramai, jenamanya juga bukan dibina untuk mempelopori dunia fesyen, namun sampai suatu masa apabila pemakaiannya mula dipopularkan golongan pemuzik dan pengikut aliran muzik Rap sebagai sepatu statement piece, ia serta-merta menjadi perhatian bahkan angka jualannya melambung naik secara mendadak sekitar awal 90-an.
Tonton Video Pengenalan Yellow Boot Asli Oleh Timberland
https://www.youtube.com/watch?v=jyXvr42jW0Y
Bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke -45 baru-baru ini, Timberland ingin membawa semua kembali kepada zaman lampau untuk mengenali lebih dekat tentang kejayaannya yang telah dikecapi selama ini.
Sejarah Timberland
Bermula dari pengenalan desain but praktikal oleh Abington Shoe Company. Ia merangkumi material kulit premium jenis full-grain nubuck yang kalis air dan tahan lasak berwarna kuning keemasan. Tapak bahagian dalam yang digunakan untuk menyempurnakan but istimewa ini juga adalah lebih tebal dan lain daripada lain menjadikannya lebih bernilai dan berciri klasik…
But itu kemudian dinamakan sebagai “Timberland” yang akhirnya turut dijadikan sebagai nama rasmi yang dinamakan semula menggantikan Abington Shoe Company.
#1 Bukan Kasut Untuk Berfesyen
Asalnya, but ini diilhamkan untuk kegunaan buruh-buruh kasar di sekitar England melihatkan keadaan struktur kasutnya yang kukuh, materialnya yang tahan lasak serta kalis air. But ini sememangnya sesuai dipakai untuk mereka yang berhadapan dengan kerja-kerja ekstrem.
#2 Populariti Timberland Mengatasi Jordan
Jordan sangat popular dalam kalangan penggemar kasut sneakers dan harga sepasang kasut Jordan bisa menjangkau ribuan ringgit. Namun kamu perlu tahu, but Timberland sekitar awal 90-an sebenarnya lebih popular berbanding Jordan biarpun ianya bukan sneakers dan hanyalah but kulit semata-mata. WOW!
#3 Jenama Kasut Terkenal Cuba Tiru Timberland
Sejak Timberland mula terkenal dahulu, banyak jenama kasut lain seperti Adidas, Reebok dan Nike cuba meniru Timberland dengan menghasilkan rekaan but untuk memenangi hati pembeli semula, sekaligus menaikkan jualan mereka yang rata-ratanya merudum kerana terlalu ramai orang membeli but Timberland.
#4 Kasut But Pertama Diiklankan Di TV
Merupakan suatu penghargaan dan kejayaan besar buat Timberland apabila produk mereka adalah satu-satunya kasut but pertama yang mempunyai iklan dan diterbitkan di TV bagi merancakkan jualan.
#5 Guna Air Tandas Uji Ketahanan Kalis Air
Timberland sangat komited untuk inovasi but yang kalis air. Bagi menguji but berkenaan, mereka pernah menggunakan tandas sebagai medium utama dengan membiarkan but Timberland berendam semalaman dalam air takungan tandas bagi menguji tahap keberkesanannya.
#6 Sumbang But Bantu Pasukan Penyelamat Tragedi 9/11
Tragedi 9/11 yang menggegarkan kota New York menggemparkan dunia! Pasukan penyelamat termasuk bomba berpusu untuk membantu mangsa dan memadamkan kebakaran letupan… sehingga kasut yang dipakai mereka cair kerana suhu panas. Kerana peka, Timberland mengambil langkah segera untuk mendermakan kesemua but mereka yang ada di kedai berdekatan untuk dipakai para penyelamat.
Amacam, hebat tak but Timberland ni? Apa-apa pun harga bagi sepasang but high-cut Timberland ini adalah dari RM899 manakala kasut Timberland dari siri Chukka pula adalah serendah RM689.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [timberland.com.my].