Makanan

Suka Makan Ayam? Ini Bahagian Paling Tinggi Protein Dan Berkhasiat

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Suka Makan Ayam? Ini Bahagian Paling Tinggi Protein Dan Berkhasiat

Siapa di antara pembaca Wanista yang setiap hari makan ayam? Kalau tak makan ayam, rasa tak kenyang?

Kita sedia maklum ayam adalah salah satu bahan makanan yang kaya dengan sumber protein. Namun, ayam mempunyai bahagian seperti dada, paha, kepak, dan setiap satunya mempunyai kandungan protein dan lemak yang berbeza. Siapa yang rasa nak kurus, kena tahu bahagian ayam mana yang patut dikurang dan dilebihkan agar diet lebih seimbang.

Dada

Foto – QualityFood

Dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein. Dalam 100 gram dada ayam mengandungi 165 kalori, 80% kalorinya berasal daripada protein, dan 20% baki kalori berasal daripada lemak. Jika anda ingin membentuk tubuh lebih berotot dan menurunkan berat badan, bahagian dada patut anda amalkan.

Kepak

Foto – Top Secret Recipes

Tahukah kamu dalam 100 gram kepak ayam tanpa kulit dan tulang mengandungi 30.5 gram protein dan 203 kalori. 64% daripada kalori tersebut berasal daripada protein, dan 36% bakinya berasal daripada lemak. Tapi kerana bahagian ini tidak mempunyai isi dan lebih kepada lemak, ramai tidak memakannya. 

Paha

Foto – Inspired Taste

Paha ayam (thigh) lebih murah daripada bahagian dada. Ayam bahagian ini mengandungi 209 kalori untuk 100 gram. 53% daripada kalori berasal dari protein, manakala 47% dari lemak. Lagi satu, paha ayam mempunyai warna yang lebih gelap daripada dada ayam, ini kerana kaki ayam lebih aktif dan mengandungi lebih banyak myoglobin, molekul ini membantu menyediakan otot aktif dengan oksigen.

Paha (Drumstick)

Foto – Inspired Taste

Bahagian yang paling ramai orang suka. Dalam 100 gram bahagian ini tanpa kulit dan tulang mengandungi 28.3 gram protein dan 172 kalori. Berdasarkan kalorinya, 70% kalori berasal daripada protein, dan 30% berasal daripada lemak.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : & 2