Tips - Fesyen

Selain Lee Dong Wook, Lihat Selebriti Mana Paling Gah Berkacamata Untuk Gaya #AirportFashion

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Selain Lee Dong Wook, Lihat Selebriti Mana Paling Gah Berkacamata Untuk Gaya #AirportFashion

Kalau dahulu orang menggunakan kaca mata sebagai alat untuk membantu dan memperbaiki masalah penglihatan mereka, masyarakat moden hari ini memandang kaca mata lebih sebagai aksesori fesyen yang wajib digayakan untuk menaikkan seri keterampilan diri saat berdepan khalayak, baik bagi wanita mahupun lelaki.

Siapa Kata Cermin Mata Untuk Yang Rabun Saja?

Jauh tersimpang dari pemikiran kolot, pilihan cermin mata yang pelbagai kini membuka peluang untuk di fashionista yang tidak rabun untuk berkarya dengan cita rasa mereka.

Sumber: Filminspector

Di pasaran umumnya, terdapat berjuta gaya dan rekaan kaca mata… Ada yang berlensa jernih tanpa kuasa, ada kaca mata hitam yang menggunakan bentuk geometri sebagai ilham rekaan, ada kaca mata yang bentuknya bercirikan fesyen kaca mata zaman retro dll. Pokoknya, kaca mata adalah aksesori fesyen dan bukan lagi alat bantuan penglihatan semata.

Namun begitu, apa yang menarik minat penulis hari ini adalah apabila ramai selebriti menggunakan kaca mata sebagai “objek penyelamat” untuk berlindung daripada panahan flash kamera paparazi sebaik menyusuri laluan keluar di lapangan terbang. Apakah ianya trend atau kebetulan?

#1 Lee Dong Wook @ Hugo Boss

Foto -Arkib Wanista/Hugo Boss

#2 Rosie Huntington Whiteley @ Celine

Sumber: Pinterest

#3 Selena Gomez @ Deadstock

#4 G Dragon @ Chanel

Sumber: Pinterest

#5 Rihanna @ Adam Selman x Le Specs

#6 Ryan Gosling @ Persol Tortoise 

Sumber: CQ

See, bukan susah pun nak bergaya seperti artis, tiru je gaya mereka ni! Dan apa yang paling penting, pemilihan baju tak semestinya ekstra, tetapi aksesori yang dikenakan tu… carilah yang lain dariapda lain. Baru ada stail!

Selamat beramal ❤

Komen Anda