Dah makan ke belum tu?!
Bila anda dengar cookies apa yang terlintas dalam kepala? Mesti sekeping biskut manis berwarna coklat disertakan dengan taburan cip coklat. Memang sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama susu suam. Nikmat betul.
Tapi tahukah anda, nama cookies diistilah kepada biskut dibeberapa buah negara khususnya di Amerika Syarikat dan Kanada. Namun itu tidaklah pelik sangat sebab ada diantara negara yang Wanista senaraikan ini mempunyai cookies mereka tersendiri.
Lain tempat, lain cara…
#1 India: Nankhatai
Nampak macam kuih raya jer kan? Memang kuih raya pun, Nankhatai biasa dihidangkan pada hari perayaan di India mahupun Pakistan. Ia seperti roti kecil rangup, manis dan sangat digemari oleh kanak-kanak.
#2 Croatia: Paprenjak
Cookies dari Croatia ini lain daripada yang lain tau! Lada hitam, rempah ratus dan madu digunakan sebagai kombinasi. Paprenjak juga diacuan menggunakan lambang patriotik Croatia.
#3 Argentina: Alfajores
Sebenarnya bukan sahaja di Argentina anda boleh cuba Alfajores dimana-mana negara latin dan termasuklah di Argentina. Ia merupakan snek popular dan sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja. Biskut lembut ditengah diisi coklat pekat dan ditabur dengan kelapa.
#4 Greece: Kourabiedes
Biskut roti yang sangat lembut ini diuli dengan kacang badam. Penyudah untuk beri rasa lagi sedap dengan ditabur gula halus.
#5 Itali: Amaretti
Ia dikatakan sama seperti macaron tapi diperasakan dengan kacang badam dan sangat lembut dibahagian dalam. Istimewanya tentang Amaretti ialah menggunakan jenis alkohol manis tuaian badam. Kini Amaretti dipelbagaikan dengan pelbagai bahan seperti coklat, kopi dan bermacam lagi.
#6 Belanda: Stroopwafels
Penulis teringin sangat untuk mencuba Stroopwafels ini! Wafel rangup ditengah dengan sirap manis karamel. Stroopwafels sesuai untuk dihidangkan bersama kopi panas, buat minum petang.
#7 Iran: Reshteh Khoshkar
Macam roti jala pula ya. Ini ia adalah manisan dari Iran yang sangat popular ketika bulan Ramadan. Jika cookies dibakar, Reshteh Khoshkar pula di goreng sehingga rangup. Bahan untuk menyediakannya hanya daripada tepung beras, halia, serbuk kayu manis, kekacang dan gula.
#8 Kanada: Nanaimo Bars
Cookies paling tebal, manis dan kenyang penulis rasa. Bayangkan ia dilapisi dengan coklat, kastard dan biskut. Menariknya Nanaimo Bars tak perlu dibakar pun sama macam seperti buat kek keju hanya perlu disejukkan sahaja. Teringin lah nak rasa!
#9 Austria: Vanillekipferl
Bentuk sama seperti roti cresent! Vanillekiprefl merupakan manisan popular di Austria, Jerman dan Hungary. Biskut kecil dan rangup ini diperbuat daripada tepung badam dan disaluti gula vanila.
#10 Perancis: Madeleines
Rupa seperti kuih bahulu pula.. Walaupun bukanlah dari kategori cookies tapi di Perancis Madeleines dianggap begitu. Madeleines ialah kek span bersaiz kecil dan biasanya berbentuk seperti kulit kerang. Kini Madeleines dipelbagai rasa dengan lemon, coklat cip, vanila dan mengikut citarasa si pembuat.
Eh jap, cookies di Malaysia apa ya? Biskut raya pun tergolong ke?