Belum puas rasanya untuk penulis mengupas ‘bawang’ tentang aneka fesyen yang digayakan oleh sis Neelofa.
Jika dahulu bahagian kaki menjadi target, apa kata kita fokus pula pada hijab yang membentuk siapa diri beliau yang sekarang. Perkembangan fesyen hijab Neelofa menjadi semakin berani dan moden, kadangnya tidak seiring dengan yang dibawa pada jenama hijab Naelofar.
LIHAT: ‘Kaki Mahal’ Neelofa Kerap Menyarung 4 Jenama Kasut Mewah Ini
Namun apa yang penulis perhatikan, Neelofa hanya mengenakan gaya turban ketika berada di luar negara atau menghadiri majlis antarabangsa. Tidak silap belum pernah lihat lagi beliau mengacarakan MeleTOP dengan turban. Kenapa agaknya? takut dikecam ke?
Memakai turban tidak seperti memakai hijab yang biasa, ia memerlukan simpulan rapi dan paling penting ialah keyakinan diri. Setiap kali sis Neelofa muatnaik gambar terbaru dengan turban ia dapat beri vibe ‘wow’. Nah, ini beberapa gaya turban Neelofa paling menarik perhatian penulis…
#1 Walaupun terbentuk kemas seperti karipap pusing, harga turban dari Donia Allegue ini mencecah RM2 ribu. Serkup kepala ini juga turut digayakan oleh Beyonce. Mampu?
https://www.instagram.com/p/BkSq16XF2Xe
#2 Lagi turban dengan harga mencecah RM2 ribu dari Gucci.
https://www.instagram.com/p/Bke83H-FK8-/
#3 Comel juga bila gayakan dengan topi baret daripada simpulan tinggi kan?
https://www.instagram.com/p/Bl9I0VDlzaR
#4 Terlalu sarat dan tinggi simpulan turban kali ini. Nampak sis agak tenggelam dalam sup bunjut…
https://www.instagram.com/p/BoGMgOqDK2p
#5 Lagi sekali memilih baret sebagai pengantin ‘toncet’. Cute sangat stail ini ditambah pula veil net menambah aura feminin dan seksi. Btw, baret veil net itu dari Dior yang mahu berkos RM7 ribu!
https://www.instagram.com/p/Bg3YR1gliol/
#6 Ini baru okay, tak perlu ‘toncet’ tinggi diatas kepala. Kemas rapi pada bahagian belakang sekaligus nampak chic sahaja.
https://www.instagram.com/p/Bm7JhyTlM_t/
#7 Lupakan lilitan, sis Neelofa biarkan sahaja lebihan selendang bak rambut panjang mengurai. Ayu jer..
https://www.instagram.com/p/BlVErsUFRsi/
BACA: Selain Neelofa, Ini Selebriti Wanita Yang Lain Boleh Dijadikan Idola
Turban Neelofa atau Yuna, mana korang rasa lagi over? hiks..