Taylor Swift is back!
Selepas menamatkan Reputation Stadium Tour di Amerika Utara, Taylor Swift kembali menggegarkan industri hiburan dengan kemunculan semula di American Music Awards selepas berehat lamanya dari anugerah berprestij tersebut.
Bagai balas dendam Taylor Swift tampil di karpet merah dengan memakai dress mini seksi yang bermotifkan cermin berserta boot juga dari motif yang sama. Masih mengekalkan bangs ikoniknya, kali ini bintang pop itu membuat updo tinggi pada rambut, ianya memberi sisi seksi, glamor dan garang. Untuk mekap pula, Taylor mengenakan solekan smokey dan bibir pula lari daripada kebiasaan rona merah kepada nude.
Gaya Taylor from head to toe memang cukup memukau jadi tidak hairanlah dia trending dan menjadi tumpuan lensa kamera jurugambar.
Di AMA, Taylor tercalon untuk anugerah artis terbaik, album pop/rock kegemaran, artis wanita kegemaran dan tour terbaik untuk Reputation Stadium Tour.
Penulis suka gaya Taylor. Korang pula bagaimana?