Hiburan

Katy Perry Keluar Kenyataan Mengejut Tarik Diri Dari Dunia Muzik

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Katy Perry Keluar Kenyataan Mengejut Tarik Diri Dari Dunia Muzik

Heboh sejak semalam tentang berita pelantun lagu “Firework” yang mahu menarik diri dari industri muzik. Kenyataan mengejutkan itu dikeluarkan oleh Katy sendiri menerusi sebuah temu bual media dan menurutnya, dia mahu mengambil masa untuk ‘bersantai’ seketika.

Katy yang mula dikenali sekitar 2008 dahulu mengakui sudah 10 tahun dia bertungkus-lumus mengembangkan kariernya dalam bidang populariti ini dan akhirnya kini, tiba masa untuk dia menarik diri buat seketika waktu untuk fokus terhadap sprititualiti dan emosi diri serta menguruskan kehidupannya yang banyak diabaikan selama ini.

Sumber: timeincuk.net

Menurut Katy lagi, dia mahu mengambil masa yang ada untuk capai matlamat baru dalam hidup setelah sekian lama mencari apa yang terbaik buat dirinya.

Sumber: promotionmusicnews.com

Kerana begitu mementingkan kesihatan emosinya yang agak kacau sekarang ini, ada sumber mengatakan keputusan Katy itu berkait rapat dengan situasi hubungan peribadinya yang sering terumbang-ambing bersama Orlandoo Bloom. Bahkan sekitar September lalu, apabila dijolok pihak media, Katy enggan memberi kata putus berkenaan hubungannya dengan bekas suami kepada supermodel Miranda Kerr itu.

Sumber: etonline.com

Walau bagaimanapun, dalam satu temu bual lain bersama dengan Fox News, Katy menjelaskan betapa dia bukan sengaja mahu membuat keputusan terburu sebegini. Bahkan ramai peminat yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

“Saya gemar menyanyi, saya gemar menulis lagu. Tetapi saya tidak rasa yang saya masih sebahagian dalam permainan ini lagi; saya cuma rasa saya artis biasa. Saya tak rasa yang saya patut berkerja keras lagi untuk membuktikan apa-apa di mana, ianya suatu perasaan yang melegakan saya buat masa ini,” jelasnya.

Selain mahu memulih semangat dan emosi dirinya, masa yang terluang sebaik berhenti dari karier muziknya ini akan dihimpunkan untuk mengelolakan bisnes kasut miliknya yang dipanggil Katy Perry Collections, disamping mahu menyesuaikan diri bersama teman lelaki, Orlando Bloom. 

SUMBER 12