Tips - Kecantikan

Elok Ke Pakai Moisturiser Lebih Daripada Dua Kali Sehari?

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Elok Ke Pakai Moisturiser Lebih Daripada Dua Kali Sehari?

Jelitawan Elizabeth Hurley dalam satu temu bual bersama Woman & Home, mendedahkan bahawa dia tidak hanya melembapkan wajah pagi dan malam sahaja tetapi berbuat demikian sekerap yang mungkin – pagi, tengah hari, petang dan malam.

Foto – Hello Magazine

“Saya obses dengan moisturiser. Saya akan melembapkan muka saya kira-kira enam kali sehari, bahkan adakalanya sampai 10 kali sehari,” jelasnya.

Tapi persoalannya elok ke pakai moisturiser sekerap mungkin?

Pakar Shari Marchbein, seorang ahli dermatologi dari New York City menerangkan keberkesanan menggunakan pelembap lebih daripada dua kali sehari.

“Ahli dermatologi mencadangkan melembap kulit setiap kali selepas menggunakan pembersih, yang biasanya pagi dan petang. Pelembap itu harus digunakan pada kulit lembap untuk hasil terbaik.

Foto – Midlifechic

Walaupun melembap berlebihan kedengaran mustahil kerana dikhuatiri merosakkan kulit tapi Marchbein menekankan ia tidak mudarat jika anda tahu pelembap yang sesuai untuk jenis kulit.

Baca: Muka Berminyak Teruk Gara-Gara Krim Pelembap, Ni Cara Betul Pilih “Moisturizer” Untuk Kulit

“Sekiranya anda mempunyai kulit kering, anda mungkin perlu melembapkan lebih kerap pada siang hari daripada seseorang yang mempunyai kulit yang berminyak atau kombinasi. Lebih-lebih lagi ketika musim luruh dan sejuk kerana berlaku perubahan suhu, ” katanya.

Tetapi itu tidak bermakna anda perlu mula melakukan rutin melembap, Marchbein memberi amaran jika pelembap mempunyai banyak minyak atau noncomedogenic, maka ia hanya menyebabkan liang pori tersumbat dan jerawat.

Gif – The Cut

Jadi sebaiknya anda tahu jenis kulit dan pelembap yang sesuai. Lagi satu kalau rasa sangsi, memadai pakai dua kali sehari, pagi dan malam saja. 

RUJUKAN

Komen Anda