Kecantikan

Video Iklan Komersil Blackpink Dan Pewarna Rambut Mise-En-Scene Sumpah Cantik

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Video Iklan Komersil Blackpink Dan Pewarna Rambut Mise-En-Scene Sumpah Cantik

Warna rambut dan K-Pop memang berpisah tiada. Setiap kali comeback atau debut, kesemua penata rias untuk setiap agenci berhempas pulas mendapatkan warna terbaik untuk setiap bintang idol. Dalam setahun tak terjangkau dek akal betapa banyak warna sudah dicuba.

Sekitar bulan Julai, jenama penjagaan rambut Korea Mise-En-Scene mengumumkan kumpulan popular Blackpink sebagai jurucakap terbarunya. Dan semalam, Mise-En-Scene berkongsi di Instagram bakal melancarkan koleksi versi baru produk terlaris mereka ‘Serum Perfect’ dengan sebuah video yang menampilkan Blackpink sebagai model.

Bukan sahaja membintangi komersil, wajah Blackpink juga akan dipaparkan pada pembungkusan untuk produk pewarna rambut ‘Hello Bubble’, yang sebelum ini memaparkan kumpulan Girls Day sebagai duta.

Foto – Twitter

Pada setiap kotak, ahli Blackpink tampil dalam warna rambut berbeza – Jisoo dengan rose gold, Rose pada kotak Khaki (ashy green), Jennie selesa dengan rona gelap Choco dan Lisa lebih kepada rona perang keemasan Matte.

Foto – Instagram
Foto – Instagram

Dilaporkan koleksi Mise-En-Scene x Blackpink akan mula berada di pasaran sekitar November.

RUJUKAN