Siapa yang tidak sukakan pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle. Lagak mereka di depan kamera sentiasa terlihat manis dan comel. Lagi-lagi bila Putera Harry kerap ditangkap kamera dengan gelagat nakalnya yang mencuit hati.
Tapi nak tahu dalam banyak-banyak gambar, terdapat satu gambar menjadi kegemaran jurugambar diraja dari Getty Images. Chris Jackson ditugaskan mendokumentasikan setiap momen pasangan diraja ketika acara rasmi. Bercakap pada Insider, Jackson diminta untuk mendedahkan gambar yang menjadi kegemaran sepanjang bekerja dengan Harry dan Meghan.
Bukan gambar ketika hari perkahwinan mereka tetapi yang ini.
Jackson mengambil gambar ini semasa Meghan dan Harry melakukan lawatan rasmi ke Sussex. Kedua-duanya dilihat memegang tangan dan tersenyum ketika menghadiri Joff Youth Centre di Peacehaven, Sussex pada 3 Oktober lalu.
“Selama bertahun-tahun mengambil gambar Putera Harry secara solo, akhirnya dapat melihat Harry bersama wanita idamannya, ia satu perasaan yang menggembirakan. Mereka berdua nampak begitu santai dan bahagia bersama sambil erat memegang tangan, “ jelas Jackson kepada Insider.
Makin lama makin suka tengok couple ni. Secocok!