Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada tekanan harian yang adakalanya membuat emosi jadi kacau bilau. Ini seterusnya akan membuatkan diri kita tidak keruan serta menghadapi masalah dalam mengendalikan rutin harian dengan sempurna. Lebih parah, masalah jiwa seperti tekanan mampu menghasut diri untuk turut membabitkan orang lain di sekeliling. Namun apakah penyelesaian termudah?
Ramai yang tidak tahu mereka sebenarnya mengalamai tekanan jiwa ringan. Pada peringkat awal, tekanan jiwa sebenarnya masih boleh dikawal namun jika masalah tersebut dibiarkan berterusan merasuk diri, kemalangan jiwa tidak mustahil boleh berlaku.
Pendekatan paling mudah yang boleh digunakan untuk mengharmonikan kembali diri sekaligus menenangkan jiwa adalah dengan memanfaatkan aromaterapi. Tetapi agak leceh untuk memasang mesin penyebar bauan aromaterapi ini kerana ia hanya boleh digunakan apabila kita berada di rumah mahupun di pejabat betul tak?
Justeru bersempena dengan ulang tahunnya yang ke 51, Guardian tampil dengan inisatif baharu memperkenalkan Oil Garden, merupakan produk kecantikan dan kesihatan berasal dari Melbourne, Australia, khas buat para pelanggan yang memerlukan.
Untuk pengetahuan semua, Oil Garden adalah berasaskan herba dan ekstrak tumbuhan asli. Ia juga tidak mengandungi sebarang bauan tiruan, pewarna tiruan, silikon, paraben mahupun minyak mineral. Kesemua produk yang dikeluarkan Oil Garden adalah bebas dari kompaun berbahaya.
Harga ditawarkan bermula RM59.90 hingga RM79.90, rangkaian kecantikan Oil Garden yang diserikan dengan aromaterapi ini mampu mengubat kembali masalah jiwa secara efektif kerana ia digunakan setiap hari dan mampu meresap jauh ke dalam kulit.
Terdapat dalam pilihan pencuci wajah, skrub muka, serum wajah, pelembap, krim malam dan krim tangan, setiap satunya mengandungi minyak pati asli. Rata-rata produk ini juga adalah mudah menyerap ke dalam kulit dan paling penting, bauan aromaterapinya mampu melekat lama pada kulit membuatkan jiwa si pemakai tenang sepanjang hari dan bebas dari kerunsingkan disebabkan tekanan.
Dapatkan produk Oil Garden pada harga diskaun [DI SINI] untuk turut serta memeriahkan sambutan ulang tahun Guardian Malaysia yang ke-51!