Fesyen

Tuah Lelaki Pelik Dari Tokyo Dapat Jadi Model Balenciaga Di Paris!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tuah Lelaki Pelik Dari Tokyo Dapat Jadi Model Balenciaga Di Paris!

“Serabai, tak terurus dan kelihatan seperti orang gila”. Itu;lah tanggapan pertama porang ramai kala melihat penampilan lelaki yang sering berkeliaran di sekitar Tokyo ini.

Dengan rambutnya yang panjang mengurai serta berpakaian seperti seorang gelandangan, siapa sangka tuah lelaki ini akhirnya dapat berjalan di sebuah pentas peragaan ikonik Paris untuk jenama fesyen Balenciaga!

Menurut sumber, semuanya bermula pada Mei lalu apabila lelaki Jepun yang dikenali dengan nama Plasma ini sedang bersiar-siar di Koenji.

Sumber: Instagram/plazma.b.e

Waktu itu, Plasma cuma mengenakan pakaian biasa -dengan rambut yang panjang serta gaya keningnya yang sudah diwarnakan dengan warna putih. Namun apa yang dia tidak tahu, hari itu sebenarnya dia akan disunting untuk menjadi seorang peragawati.

Tanpa diduga, beberapa orang krew global dari jenama Balenciaga sebenarnya ada disekitar Tokyo untuk mencari wajah-wajah baru bagi menggayakan koleksi-koleksi baharu mereka untuk sebuah pementasan fesyen di Paris dan akhirnya tuah menyebelahi Plasma, dia akhirnya ditemui bahkan gaya santai yang dibawakannya itu memikat ahli krew Balenciaga untuk mengenalinya lebih dekat lagi.

Sumber: Instagram/plazma.b.e

“Saya cuma berjalan di sekitar Koenji apabial tiba-tiba ada tiga orang warga asing mendekatinya, seterusnya mengatakan bahawa mereka datang dari Paris untuk menegelolakan uji bakat mewakili Balenciaga”, jelas Plasma menerusi posting di akaun Twitter.

“Mereka kemudian merakam foto saya dan meminta saya untuk menghantar alamat saya menerusi email… sejak itu saya tahu inilah saat yang paling hebat”, tambahnya.

BACA  Fakta Bukan Auta, Jangan Terpedaya Dengan Biasan Cermin Di Pusat Beli-Belah

Akhirnya selepas lima bulan menanti, Plasma berjaya megorak langkahnya di sebuah pertunjukan fesyen di Paris baru-baru ini.

Sumber: Instagram/plazma.b.e

Biarpun begitu, Plasma tidak sekalipun membangga diri bahkan turut berterima kasih kepada pihak Balenciaga kerana diberi peluang keemasan seumpamanya. Plasma juga gembira kerana gaji yang dibayar Balenciaga untuknya adalah lebih daripada cukup dan tersangat lumayan!

SUMBER