Keibubapaan

“Mak-Mak” Jangan Picit Puting Payudara Bayi Baru Lahir, Bahaya!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
“Mak-Mak” Jangan Picit Puting Payudara Bayi Baru Lahir, Bahaya!

Sudah menjadi tabiat orang-orang kita mengikut petua dan adat nenek moyang. Entah mengapa, sudah sebati dalam hidup orang Melayu terutamanya, untuk lekas percaya dengan amalan turun-temurun biarpun kesahihannya adakala meragui.

Salah satu amalan terhadap kelahiran baru yang masih dipraktikan ibu-ibu moden hari ini adalah memicit puting payudara bayi yang kononnya dianggap boleh mengelakkan puting payudara bayi daripada menjadi buta dna bengkak.

Puting payudara bayi yang kelihatan bengkak dan mempunyai isi seperti susu. Sumber: Google Images

Bukan itu sahaja, amalan memicit puting payudara bayi ini juga dikatakan adalah untuk mengelak bayi daripada terkena kanser payudara bila sudah dewasa kelak. Hmm… ye ke?

Apakah Benjolan Pada Payudara Bayi Normal?

Bengkak atau benjolan yang muncul pada puting payudara atau di kawasan sekitarnya adalah normal baik untuk bayi lelaki mahupun bayi perempuan sekalipun. Ibu bapa seharusnya jelas bahaya bengkak yang terjadi pada payudara bayi adalah tidak berbahaya dan tidak memudaratkan, justeru ia tidak perlu dipicit pun bagi mengeluarkan cecair putih (seperti susu) yang lazimnya dianggap sebagai cecair yang menjadikan payudara bayi bengkak walhal tiada kena-mengena.

Ibu Punca Bengkak Pada Payudara Bayi?

Bengkak itu sebenarnya berpunca daripada hormon si ibu yang kemudian bertindak balas terhadap bayi ketika berada dalam rahim.

Hormon yang dimaksudkan tersebut sebenarnya akan membuatkan payudara si ibu bengkak kerana membekalkan susu dan hormon itu jugalah yang telah mempengaruhi bayi sehingga membuatkan payudara mereka menjadi bengkak. 

Sumber: raisingchildren.net.au

Bengkak Payudara Bayi Boleh Hilang Sendiri

Jangan khuatir, bengkak itu memang boleh dilihat sejak saat awal bayi baru dilahirkan dan ia mungkin akan terus membengkak untuk beberapa tempoh. Namun, lewat beberapa minggu, hormon dalam tubuh bayi akan mulai stabil dan bengkak pada payudara itu tadi akan surut dna hilang sendiri.

Kedegilan Ibu Memicit Puting Payudara Bayi Bawa Padah

Doktor dan pakar kesihatan lazimnya sangat marah andai ada pihak ibuu bapa yanng masih berdegil. Ini kerana, perbuatan memicit puting payudara bayi yang baru lahir itu sebenarnya meningkatkan risiko jangkitan kuman. Apabila terkena jangkitan kuman, bengkak yang sudah sedia ada akan menjadi lebih parah, merah dan bisa menyebabkan kesakitan pada bayi. Ini boleh menyebabkan bayi demam secara tiba-tiba!

Foto payudara bayi berusia 10 hari yang telah terkena jangkitan kuman hingga menjadi semakin bengkak dan membesar. Sumber: Google Images

Seperti yang disampaikan Rasulullah s.a.w, jika kamu buntu dan tidak tahu, ada baiknya kita mencari ilmu dan jangan terlalu percaya bulat-bulat dengan makluman orang tanpa sokongan fakta yang sahih. Justeru, untuk mengelakkan kejadian yang memudaratkan, sebaiknya bawa bayi berjumpa dengan doktor kalau kamu terlalu panik melihat bengkak pada payudara bayi.

Jangan sesekali memicitnya walaupun ramai yang kata ianya tidak berbahaya buat bayi. Lain bayi, lain keadaan tubuhnya. Jika anak orang lain okay bila payudaranya dipicit, anak kamu mungkin tidak dapat menerimanya. Faham? Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2