Terdiam seketika penulis bila membaca kisah seorang lelaki mat saleh yang juga peminat fanatik kumpulan K-Ppop BTS. Apa tidaknya kerana obsesi lelaki ini sanggup berhabisan mengubah wajah kerana impian mahu menjadi persis BTS Jimin.
Oli London dari London, England telah membelanjakan £75,000 ($100,000 USD) untuk pembedahan kosmetik bagi mendapatkan wajah idamannya BTS Jimin.
Dilaporkan, Oli London mula minat dengan BTS sejak tinggal di Korea pada tahun 2013, tahun yang sama BTS mula debut. Dari semua ahli, dia lebih terpikat dengan Jimin kerana rupa parasnya yang comel, chubby dan keanak-anakan.
Model British dan personality TV ini telah menghabiskan masa lima tahun menjalani pembedahan dengan harapan menyerupai idolanya. Oli London berusaha keras menunjukkan cintanya kepada Jimin melalui peniruan, termasuk pakaian, rambut dan badan.
Menurut Oli, sebelum ini dia sangat merendah diri tentang penampilannya, terutamanya jerawat dan hidung. Jadi, dengan pembedahan kosmetik dia rasa lebih yakin dan gembira. Buat masa ini Oli telah menjalani liposuction, pembedahan kelopak mata, tulang rusk dan implan dagu, prosedurny membelanjakan kira-kira $100,000. Masih belum berpuas hati, Oli sedang memikirkan untuk mengubah bentuk wajah dan mata agar kelihatan seperti Jimin.
Oli London mengatakan bahawa dia tidak cuba mengubah asal usulnya, tetapi dia ingin mencapai rupa K-Pop kerana dia sangat mengagumi keindahan Korea.