Pasti biasa lihat sneakers di atas, bukan?
Sana-sini memenuhi ruang di media sosial, selebriti mahupun penggemar fesyen rata-rata memiliki koleksi sneakers bertumit tebal “chunky” dan trend 90-an ini.
Adidas Originals debut dengan kempen Falcon dan mengetengahkan bintang realiti Kylie Jenner sebagai wajah. Kalau anda tidak minat sneakers dengan rekaan sebegini maka lupakan sahaja, tapi penulis yakin anda pasti tertarik untuk miliki sepasang.
5 Sebab Wanista Tertarik Dengan Adidas Falcon…
#1 Kylie Jenner Jadi Model
Adidas Originals Falcon diserikan dengan beauty mogul, usahawan berjaya, ikon belia Kylie Jenner sebagai duta dan wajah untuk kempen Falcon 2018.
#2 Rekaan Ikut Trend Terkini
Seiring dengan trend semasa, Falcon tampil berani dalam reka bentuk inovatif yang memperlihatkan nostalgia 90-an yang terkenal dengan potongan tumit tebal dengan campuran gaya moden.
#3 Keselesaan
Ciri-ciri pembinaan panel dengan lapisan klasik dan suede, unit tumit dibentuk dan perincian reflektif serta midsole getah membuatkan rekaan Falcon bukan setakat cantik malah selesa dipakai. Rekaannya mungkin dilihat tebal dan berat, tapi percayalah ia sangat ringan dan bergaya.
#4 Warna
Sesuai untuk muda-mudi, Falcon segar dan berkembang dalam palet warna kelabu, merah jambu, putih dan juga kebiruan. Dilaporkan Adidas Falcon mempunyai 9 pilihan warna yang lain yang boleh didapati secara atas talian sahaja.
#5 Harga Mampu Milik
Mungkin anda merasakan koleksi Kylie Jenner ini mahal tapi jangan tak tahu ia hanya berharga RM45I sahaja. Sangat mampu milik dan sudah boleh didapati di semua cawangan Adidas Originals dan atas talian [SINI]
Penulis dah milikinya, walaupun pertama kali pakai kelihatan pelik tapi boleh tahan selesa. Yang paling penting, harga pun berpatutan. Cepat dapatkan sekarang!