Anda perasan tak sekarang di kaca TV, asyik menayangkan drama cinta yang klise, sebagai contoh kisah kahwin paksa dan cinta berlainan taraf. Pernah terfikir tak apa yang cuba disampaikan oleh drama-drama sebegini?
Bukan bermaksud untuk menghina drama adaptasi ini, tapi kita sebagai penonton mahu dihidangkan dengan drama-drama yang nampak real dan natural dengan plot cerita yang tersendiri, sedikit sebanyak kita dapat mempelajari ilmu baru. Tidak banyak drama sebegini, tetapi ada.
Untuk itu, penulis ingin memperkenalkan Jibril. Bakal ditayangkan dan ternyata jalan ceritanya cukup unik dan lain dari yang lain, bahkan boleh dianggap drama tempatan ini bertaraf antarabangsa.
Kenapa penulis berkata begitu? Empat alasan di bawah beritahu anda.
#1 Barisan Pelakon Hebat
Untuk sesebuah filem dan drama, pemilihan barisan aktor dan aktres memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesebuah cerita. Jika sendu gaya lakonannya maka drama atau filem yang gah juga akan terkena tempias.
Jibril diterbitkan oleh Konda Kondi Studios, dibintangi Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim, Tony Eusoff dan Sangeeta Krishnasamy. Nama pelakon-pelakon ini tidak lagi asing dalam industri hiburan tempatan, mereka pernah menggondol anugerah terbaik untuk lakonan sahaja menjadikan mereka antara yang terbaik.
#2 Kisah Suka Duka Dunia Peguam
Jibril mengetengahkan kisah dunia guaman yang selama ini tidak kita ketahui. Maksud penulis, kita tahu tugas seorang peguam tapi cara mereka bekerja dalam memperhalusi setiap kes yang dipilih satu perkara canggung dan bukan biasa-biasa.
Jibril sendiri mengisahkan perjalanan hidup seorang peguam yang memiliki kepintaran luar biasa dan kelebihan dalam melakukan tugasan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan. Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.
#3 Pengarah Bukan Calang-Calang
Nama Megat Sharizal mungkin asing bagi anda tapi bila dilihat latar belakangnya dalam dunia seni hiburan buat anda tergamam.
Dengan kira-kira pengalaman selama satu dekad, Megat Sharizal adalah bakat sebenar Malaysia. Beliau bermula dalam bidang lakonan ketika zaman belajar, bertahun-tahun sebagai pengarah dan telah mencipta porfolio yang pelbagai – teater, telemovie dan filem pendek. Beliau juga adalah salah seorang pengasas untuk produksi tempatan Playground Productions. Pada tahun 2014, Playground mengeluarkan filem tempatan Terbaik Dari Langit yang telah merangkul anugerah terbaik sehingga ke Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN 2015, Megat bertindak sebagai pelakon dan penerbit filem itu. Bukan sahaja bergerak di tempatan, beliau juga terlibat dalam penerbitan siri TV Marco Polo di Netflix.
#4 Mudah Ditonton
Tidak perlu lagi menonton cara tradisional seperti di kaca televisyen. Dengan adanya viu, anda boleh menonton Jibril di mana dan pada bila-bila masa sahaja tanpa rasa keraguan dan kepayahan. Bayangkan pada yang menaiki kenderaan awam, anda sempat melakukan penstriman untuk drama kegemaran dengan mudah.
Perkhidmatan ini boleh diakses menerusi app Viu secara percuma di App Store dan Google Play, disambungkan kepada peranti seperti telefon pintar dan tablet, selain pada web di www.viu.com. Segalanya di hujung jari!
Jangan lupa temu janji dengan Jibril bermula 22 Oktober 2018 di NTV7 setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 10 malam dan juga di platform VIU yang membolehkan penonton menonton pada bila-bila masa jika mereka terlepas episod di TV. Menarik lagi, dapat menonton edisi ‘director cut’ hanya di Viu.
Untuk mengikuti Viu Malaysia sila lawat www.facebook.com/ViuMalaysia atau @ViuMalaysia di Instagram.