Info Menarik

10 Sebab Wanista Obses Dengan Heart Evangelista, Aktres Cantik Dari Filipina

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
10 Sebab Wanista Obses Dengan Heart Evangelista, Aktres Cantik Dari Filipina

Jika anda peminat drama Filipina, anda pasti biasa melihat aktres cantik ini. Mukanya agak acapkali melakonkan watak air mata, wajah ayu, senyuman manis, rambut panjang hitam bersinar cukup membuatkan kita tertawan melihatnya.

Heart Evangelista debut sebagai seorang pelakon Filipina sejak tahun 1998 dan telah muncul dalam banyak drama. Dikenali kerana serba boleh, Heart telah memperluas namanya dalam pelbagai kerjaya sebagai VJ, ahli perniagaan, penulis, penyanyi dan pelukis.

Jika anda salah seorang pengikut selebriti Heart Evangelista di Instagram, Wanista confirm anda cemburu melihat input yang diberikan untuk setiap perkara yang dikongsikan. Dengan himpunan jenama mewah untuk beg tangan, aneka tumit tinggi, obsesi terhadap gincu merah, bakat seni lukisan, rambut hitam berkilat serta pelbagai lagi.

Pada yang tidak kenalinya, jom Wanista dedahkan sebab kenapa Wanista obses dengannya, atau penulis sahaja yang obses.

1. Heart miliki puluhan beg tangan Hermes Birkin berlainan warna.
2. Heart membuktikan rambut hitam itu menawan, seksi dan fun.
3. Rahsia Heart tampak berseri adalah gincu rona merah. Katanya bila tidak memakai sebarang mekap, hanya oleskan warna merah di bibir.
4. Heart berjiwa feminin yang gilakan tumit tinggi.

View this post on Instagram

Shoes! Shoes! Shoes! ? #NYFW

A post shared by Heart Evangelista (@iamhearte) on

5. Heart gemarkan padanan dress + jeans untuk mencipta kelainan.
6. Tak malu nak berkongsi kebahagiaan di media sosial. Lihat sahaja lagak manja Heart dan suaminya yang merupakan ahli politik Filipina.
7. Sama seperti kita semua, Heart tak dapat sembunyikan kegembiraan bila bergambar dengan pelakon kegemaran Kate Bosworth.
8. Berbakat besar dalam seni lukisan sehingga mampu membuka galeri.
9. Heart langsung tak cerewet bab makanan dan boleh makan apa sahaja. Kegemarannya adalah pizza dan seafood.
10. Suka travel. Dah nama pun fesyenista jadi Heart selalu dijemput ke minggu fesyen New York, Milan, Paris dan London.

Selain Heart, penulis suka melihat lakonan Kristine Hermosa dan Marian Rivera, mereka nampak natural bila berlakon dan benar-benar terkesan.