Lookbook

Peminat Disney Naik Gila Dengan Koleksi Baharu Vans Yang Tampil Comel Dengan Mickey Mouse!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Peminat Disney Naik Gila Dengan Koleksi Baharu Vans Yang Tampil Comel Dengan Mickey Mouse!

Tidak pernah mengecewakan para peminat fesyen street wear, Vans yang merupakan jenama kegilaan para remaja yang obses dengan sukan papan luncur musim ini tampil dengan pelbagai item fesyen menarik yang semuanya dihiasi gah dengan ilustrasi karakter kartun Disney, Mickey dan Minnie Mouse!

Mickey Mouse mula menambat hati penonton sewaktu membuat kemunculan pertamanya di kaca televisyen sekitar 1928 tetapi ia semakin mendapat tempat di hati peminat animasi apabila karakter ikonik Disney itu turut menghiasi beberapa rekaan popular dari Vans termasuklah sepatu Old Skool, Sk8-Hi serta Old Skool II Backpack.

Foto -Arkib Wanista

Untuk menggamit memori peminat Vans seantero Dunia, jenama itu tampil mengubat rindu ramai dengan beberapa item yang mendapat sentuhan semula menampilkan karakter Mickey dan Minnie Mouse menerusia helaian dan item fesyen eksentrik bersempena sambutanulangtahun Mickey yang ke- 90!

Foto -Arkib Wanista

Antara corak menarik yang digunakan untuk koleks Mickey kali ini adalah berbentuk polka-dot serta motif berkotak manakala warna yang dimanfaatkan pula adalah berdasarkan rona-rona menonjol termasuklah monokrom, merah, biru elektrik serta himpuna rona pastel buat si fashionista feminin.

Foto -Arkib Wanista

Koleksi ini khas disedikan untuk pemakaian lelaki dan wanita, antara pilihan yang ditawarkan selain kasut adalah baju-T, hoodie, beg galas, topi dan lain-lain.

Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, Vans turut menawarkan servis Customs yang membolehkan pengguna memilih corak dan warna mengikut cita rasa sendiri untuk diletakkan pada item fesyen Vans pilihan seperti kasut, beg galas dan pakaian. Untuk keterangan lanjut, sila klik [vans.com/custom].

BACA  Skechers Hasilkan Koleksi Sneakers Bersama Anime Manga "One Piece"