Setiap orang punya citarasa mereka yang tersendiri – sama ada makanan, pakaian mahupun muzik.
Siapa sangka bintang pop ini juga langsung tidak menyukai lagu mereka dan siapa sangka lagu tersebut menjadi hit bukan sahaja di negara mereka bahkan serata dunia. Ada yang sanggup sabotaj kerana terlalu membenci, menangis dan mengelak untuk menyanyi, ada yang terpaksa kerana telah dibayar dan pelbagai lagi alasan.
Siapa yang Wanista maksudkan?
Madonna – Like a Virgin
Pada tahun 2008, Madonna memberitahu New York Z100 FM; “Saya tidak pasti saya boleh menyanyikan lagu Like a Virgin. Saya tidak boleh, saya bosan – melainkan jika seseorang membayar saya $30 million atau tawaran hebat, mungkin saya akan mempertimbangkan.”
Radiohead – Creep
Kesemua ahli Radiohead tidak pernah menyukai lagu hits yang satu ini. Gitaris Johnny Greenwood mengakui dia pernah sabotaj lagu Creep ketika mahu merakam dengan memburukkan lagi kerana terlalu benci dengan melodi dan lirik.
“Dia langsung tidak menyukai bila pertama kali bermain, jadi dia cuba merosakkannya,” jelas member Ed O’Brien.
Katy Perry – I Kissed A Girl
Katy Perry mungkin tidak membenci lagu hit tahun 2008 itu tetapi dia akan merakam semula dan mengubah suai jika diberi peluang kedua.
SNSD Taeyeon – Gee
Taeyeon mendedahkan bahawa dia sangat benci dengan lagu ‘Gee’ ketika mula-mula mendengarnya.
“Apabila saya mula-mula mendengar lagu ini, saya fikir ia sangat merepek sehingga saya benci untuk menyanyinya dan mengelak,” terangnya.
Lady Gaga – Telephone (ft Beyonce)
“Saya benci ‘Telephone’. Itu merupakan lagu yang paling sukar untuk saya dengar dan nyanyi, ” katanya kepada Pop Justice pada 2011. Dia kemudian menjelaskan bahawa ia tiada kena mengena dengan kualiti lagu itu cuma dirinya memang tak boleh menerima Telephone.
Kanye West – Gold Digger
Dalam wawancara 2013, Kanye mengaku tidak pernah suka dengan lagu ‘Gold Digger’ tetapi melakukannya kerana telah dibayar.
“Saya tahu saya akan dibayar untuk Gold Digger,” terangnya.
Banyak lagu favorite penulis ini…