Review

Syok Habis! 5 Sebab Korang Perlu Datang Ke Lost World of Tambun Waktu Malam

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Syok Habis! 5 Sebab Korang Perlu Datang Ke Lost World of Tambun Waktu Malam

Rasanya dahulu penulis sudah pernah kongsikan mengapa kamu harus ke Lost World of Tambun. Taman tema itu sememangnya merupakan hotspot percutian paling gempak untuk kamu bercuti bersama secara berkumpulan. Sesuai juga buat keluarga yang mempunyai anak-anak kecil melihatkan persekitarannya yang mesra dan mampat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk menghiburkan si cilik disamping menerapkan pelbagai ilmu alam yang bisa membentuk daya ingin tahu mereka. 

Bercirikan taman tema yang berlatarkan keindahan alam, disertai gunung-ganang serta udara yang menyegarkan, haiwan-haiwan yang ada di sini juga sihat dan dijaga rapi oleh krew-krew yang terlibat.

BACA: 5 Tarikan Menarik Di Lost World of Tambun

#1 Cabar Adrenalin Bersemuka Dengan Zombi!

Lazimnya kita lihat Zombi menerusi filem-filem di Televisyen semata. Kali ini Sunway Lost World of Tambun membuka peluang kepada individu semua peringkat umur untuk bersemuka dengan makhluk si pemakan otak itu secara real sepanjang bulan Oktober bersempena sambutan Halloween 2018!

Dapatkan tiket Zombie Outbreak bermula pada harga RM60.50 untuk warga emas dan kanak-kanak bawah 13 manakala RM65 untuk golongan dewasa dan remaja berusia 13 tahun ke atas.

Tonton Pengenalan Pesta Halloween Zombie Outbreak di Sunway LWOT

Selain dapat berjumpa Zombie, harga tiket itu turut membolehkan pengunjung menjelajah ke tujuh tarikan lain dalam taman tea termasuklah Lost World Amusement Park, Lost World Water Park, Lost World Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Lost World Tin Valley, Lost World Hot Springs & Spa  dan Lost World Hippo Kingdom! Murah kan… :)

Lagi syok, pelbagai aktiviti menarik setiap hari yang membolehkan pengujung bertemu dan berpesta bersama Zombi di sekitar teman tema pada waktu malam. Pengunjung juga boleh masuk ke Z Corner (rumah Zombi) untuk rasai pengalaman mencabar adrenalin dikelilingi Zombi. Jangan risau, Zombi di Sunway LWOT ada sebahagiannya yang ‘jinak’. Hehe

#2 Mengembara Ke Alam Fantasi Luminous Forest

Rasa macam masuk ke dunia lain, bukan kanak-kanak je yang rasa terhibur bila masuk ke Luminous Forest ni tapi penulis yang dah dewasa ni pun rasa kagum! Kawasan hutan semuanya dihiasi lampu-lampu neon pelbagai bentuk, pengujung perlu melalui laluan khas untuk mengembara ke hutan terang warni-warni ini.

Sepanjang musim Halloween ni, bolehlah pengunjung bawa anak-anak untuk menyertai pesta Trick or Treat, pengunjung perlu menyelesaikan beberapa misi mudah sebelum mendapatkan manisan berbentuk gula-gula dan coklat daripada Zombi sekalian. Foto -foto kenangan menarik juga boleh dirakam sambil berlatarkan lampu neon!

#3 Menu Makan Malam Mee Kari Paling Sedap Di Ipoh Street!

Terletak berhampiran pintu masuk utama sebelah dalam LWOT. Jika kamu sudah bosan untuk memakan hidangan klise di restoran-restoran luar, boleh je nikmati makan malam yang disediakan gerai-gerai di Ipoh Street ini. 

Antara menu paling asyik yang penulis pernah rasa sewaktu berada di LWOT sekitar minggu lalu adalah Mee Karinya. Mee Kari Ipoh Street di LWOT memang tiada bandingannya.

Seketul udang besar disertakan dalam mangkuk yang diperkaya dengan rasa rempah kari mengiurkan… Makan semangkuk memang tak cukup! Korang kena cuba sendiri.

#4 Bermalam Dalam Hutan Dengan Suasana Girang Glamor

Sudah sering menginap di hotel dan ingin mencuba pengalaman baharu? LWOT menyediakan penginapan mewah yang berada dekat dengan dunia alam semula jadi. Bahkan, kiri-kanan kawasan Glamping dikelilingi hutan simpan membuatkan suasana sejuk berkabus sebaik terjaga dari lena nanti. 

Tandas awam dan tempat mandi khas untuk penginap Glamping LWOT.

Jangan takut, penulis difahamkan bahawa ada renger dan krew yang menjaga kawasan sekitar tapak Glamping bahkan tandas dan tempat mandi ada berdekatkan dan fasilitinya sangat bersih dan sempurna untuk kegunaan penginap.

Terdapat pilihan kontena atas air serta khemah gergasi yang dimuatkan dengan katil dan segala kelengkapan lain. Tilam tambahan dan penghawa dingin (aircond) boleh ditambah kemudian jika mahu dan bayaran tambahan jug akan dikenakan mengikut item.

Foto atas adalah Glamping dalam penginapan kontena yang dibina atas tasik manakala di bawah adalah foto Glamping dalam penginapan khemah.

Pakej penginapan Glamping ini turut hadir dengan aktiviti Zipline yang boleh dimain secara percuma tau! Harga bermula RM588 untuk pakej dewasa dua orang dan RM788 untuk pakej dewasa dua orang dan kanak-kanak dua orang.

#5 Tenangkan ‘Jiwa Kacau’ Dalam Kolam Air Panas Hot Springs & Spa

Sambil mandi, kamu boleh berparti dengan cara paling menyeronokkan -dihiburakn dengan pelbagai persembahan di sekitar kawasan Hot Springs & Spa.

Bayangkan apabila tertekan, dapat pula bermandi-manda dalam kolam air panas bersama tersayang, pastinya lebih nyaman kan? Jika ada masa, boleh juga pergi ke spa terdekat untuk mendapatkan urutan untuk mengembalikan semangat dan tenaga sbeelum kembali semula ke kehidupan harian kamu nanti.

Jadi tunggu apa lagi? Bolehlah rancang percutian ke sini bersama keluarga atau teman-teman. Boleh beli tiket masuk ke Sunway Lost World of Tambun secara atas talian [di sini].

BACA  3 Sebab Kamu Perlu Heret Kawan Yang Penakut Ke HAUNTU!