Tips - Kecantikan

Nak Bibir Merah Semulajadi Guna Petua Buah Beet. Sumpah Menjadi!

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Nak Bibir Merah Semulajadi Guna Petua Buah Beet. Sumpah Menjadi!

Sebenarnya terdapat pelbagai petua untuk mendapatkan bibir merah semulajadi. Kita biasa mendengar strawberi, masker gula perang, tomato, madu, tapi ada di antaranya masih tidak menjadi.

Pernah dengar tentang buah beet? Atau kita biasa memanggilnya beetroot?

Foto – Viva

Beet Merah (Red Beet) atau akar Beet (Beetroot) adalah sejenis ubi yang ditanam sejak berkurun lagi. Maksudnya, memang dah ada la cuma mungkin kita tidak perasan ataupun mungkin kerana ianya tidak ditanam di Malaysia. Bentuknya bulat seperti ubi kentang dan mempunyai warna merah-ungu gelap. Rasanya yang manis semulajadi dan kandungan galian yang terdapat dalam beet merah dapat dijadikan penawar kesihatan.

Buah beet boleh mengembalikan warna semulajadi pada bibir. Beet meminjamkan bibir anda dengan warna merah jambu dan pada masa yang sama memudarkan pigmentasi bibir. Semuanya secara semulajadi, bebas kimia dan murah malah setakat ini beetroot adalah cara tradisional paling terbaik!

Mahu belajar cara menggunakannya? Nahhh…

Foto – Pinterest

Bahan yang diperlukan

  • Buah beet bersaiz sederhana
  • Minyak kelapa 
  • Pengisar makanan

1. Cuci buah dan buangkan kulit. Potong beet dalam kepingan kecil dan masukkan ke dalam mesin pengisar makanan. Pastikan anda tidak menambah air ke dalam beet kerana ia hanya akan mencairkan warna buah.

2. Buah beet yang dikisar tadi dimasukkan ke dalam bekas kecil. Bekas atau balang yang anda gunakan mesti dibersihkan dan disterilkan.

3. Tambah kira-kira satu sudu teh minyak kelapa ke dalam balsem buah beet. Sekiranya anda menggunakan kuran daripada satu sudu minyak, maka formula tadı akan berubah menjadi kering dan berkeringat di bibir. Anda boleh menggantikan minyak kelapa dengan madu atau beeswax kerana ia baik uituk melembapkan bibir.

Gif – Aminoapps

Campuran tadi dikacau sama rata. Sejukkan dan tunggu sebelum menggunakannya. Oleh kerana warna bibir ini semulajadi dan bebas dari bahan pengawet, anda perlu menyimpannya di dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Baca: 9 DIY Lip Balm Mudah Boleh Anda Buat Sendiri

Sapukan ke bibir dan selepas seminggu bibir kelihatan lebih lembut dan merah makngah.

RUJUKAN: 1 & 2