Teknologi

Pelurus Rambut GHD Platinum Plus Bijak Tentukan Suhu Automatik Ikut Keperluan Rambut

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pelurus Rambut GHD Platinum Plus Bijak Tentukan Suhu Automatik Ikut Keperluan Rambut

Buat julung kalinya, ghd tampil memperkenalkan peranti penggaya rambut yang pintar kerana berupaya menentukan suhu terbaik secara automatik mengikut keperluan rambut! Ia dipanggil ghd Platinum+.

Menampilkan teknologi berdasarkan inovasi terkini yang bertepatan dengan pengguna moden, ghd platinum+ bukan sahaja mampu mencantikkan rambut kamu bahkan mampu juga meneka keperluan yang dibutuhkan rambut sekaligus menyalurkan hasil risan rambut yang bukan sahaja menawan tetapi meninggalkan kesan positif untuk keadaan rambut lebih sihat.

Foto -Arkib Wanista

Hasil penelitian daripada uji kaji ghd platinum+ mendapati, rambut pengguna akan jadi 70% lebih kuat serta 20% lebih sinar. Bahkan, ia juga mampu memelihara warna pada rambut sebayak dua kali ganda tau!

Tonton Video Pengenalan & Turorial Menggunakan ghd Platinum+

Dalam masa 20 saat sahaja, kamu sudah bisa memiliki gaya rambut idaman tanpa perlu bersusah payah seperti menggunakan pelurus rambut elektronik yang lain.

Foto -Arkib Wanista

Terdapat dalam pilihan warna peranti monokrom termasuk putih dan hitam, ghd platinum plus dihadirkan bersama waranti selama tiga tahun. Dalam masa yang sama, ia juga selamat untuk digunakan terhadap semua keadaan dan jenis rambut dengan suhu sehingga 185ºc yang sentiasa kekal.

Foto -Arkib Wanista

Ghd Platinum+ boleh dibeli djari Sephora dalam masa terdekat. Untuk keterangan lanjut, klik [ghdhair.com]

BACA  Glamor Sungguh Sephora Collection x Marvel!