Produk hilangkan parut terbaik di dunia? Sekarang banyak produk di pasaran untuk hilangkan kesan parut tapi korang kenalah pandai pilih mana satu sesuai untuk kulit betul tak? Ternyata tiada sesiap yang sukakan parut sebab ia tak nampak cantik terutamanya jika parut itu hinggap di wajah.
Mungkin ramai tercari-cari produk di pasaran yang boleh hilangkan kesan parut tanpa perlu melakukan hal yang remeh-temeh. Ini Wanista perkenalkan beberapa produk terbaik untuk hilangkan pelbagai jenis parut dan luka. Jika mahu lebih berkesan… janganlah skip rutin untuk menyapu ubatan dan krim-krim ni ya.
#1 Minyak Gamat
Terkenal sebagai ubatan tradisi yang bisa menyembuh luka. Minyak gamat adalah pilihan terbaik kalau kamu memiliki luka baru dan jenis luka yang terbelah kerana fungsinya bisa kembali mencantumkan bahagian kulit tercedera dalam masa singkat. Cuma ramai yang tak gemar menggunakan minyak gamat kerana baunya agak kuat.
#2 Bio-Oil
Kalau kamu rajin dan berdisiplin, Bio-Oil adalah pilihan yang terbaik. Pernah sekali penulis cuba untuk menghilangka parut bekas gatal-gatal pada kulit kaki ternyata ia sangat lekas memudarkan parut namun ia hanya akan berkesan kalau kamu setiap hari menggunakannya secara berterusan, sekurang-kurangnya selama tiga minggu. Harganya boleh dianggap mahal, tetapi hasilnya memuaskan.
#3 Mederma
Mederma juga popular dengan produk menghilangkan bekas parut, bagi mereka yang kurang sesuai pada kulit akan ada rasa gatal sedikit dan mengambil masa untuk menghilangkan parut yang ada. Vitamin E yang terdapat dalam produk mederna dapat membantu kulit muka korang supaya kembali pulih,tegang, dan melicinkan kulit.
#4 Fruit of the Earth Aloe Vera Gel
Rakan penulis yang pernah mencadangkan gel daun lidah buaya ini. Menurutnya gel ini bisa menghilangkan parut dengan cekap. Belum cuba belum tahu! Boleh kata, produk ini berkesan untuk hilangkan parut-parut ringan seperti parut digigit nyamuk dan parut bekas gatal yang sering digaru-garu.
#5 Azanis Scar Serum
Khas buat mereka yang memiliki masalah kulit berjerawat, serum parut ini bertindak seperti cecair magik yang mampu beri harapan kepada kamu untuk miliki kulit licin dan bersih sehalus sutera. Dengar kata serum ini mampu milik iaitu sekitar RM60 je. Boleh beli secara atas talian.
#6 Dermatix Advance
Jika kamu memiliki luka dalam yang seterusnya meninggalkan kesan parut timbul, boleh cuba guna Dermatix Advance kerana ia menjanjikan hasil kulit lebih rata dna bersih tanpa cela. Ia berupa gel silikon topikal yang lut sinar, cepat mengering dan membantu mempertahankan keseimbangan kelembapan kulit meskipun harganya agak mahal.
Berkesan atau tidak, tindak balas produk terhadap individu adalah berlainan. Jadi tanggungjawab kamu adalah untuk melakukan try and error bagi mengenal pasti produk yang memberi kesan terbaik. Tak salah kan mencuba?
Selamat beramal! ❤️