Cinta & Perhubungan

Kenapa Lelaki Yang Melukakanmu Adakah Lelaki Yang Paling Sukar Dilupakan?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kenapa Lelaki Yang Melukakanmu Adakah Lelaki Yang Paling Sukar Dilupakan?

Cinta pandang pertama atau first love memang sukar untuk dilupakan. Pengalaman pertama kali jatuh cinta itu adalah yang paling indah buat kita semua kerana baru mengenal erti sayang dan rasa dicintai betul tak? Namun menagap setiap daripada kita mempunyai masalah untuk move on?

Banyak sekali kes melibatkan pasangan first love yang kembali bertaut kasih biarpun si pasangan itu sudah kahwin dan beranak isteri atau beranak dan bersuami tetapi sampai suatu masa apabila bertemu kembali dengan kekasih lama tadi, hati terus jadi cair sekaligus tidak kisah untuk menjadi orang kedua dalam hidupnya disamping isteri pertamanya. Sanggup bergelar perampas atau madu, kerana yakinmasih ada jodoh kita dengan first love?

Sumber: Pinterest

Paling parah apabila suatu ketika dahulu lelaki itu pernah melukakan hati kita tetapi saat dia kembali datang merayu dan menagih kasih, hati kita seolah-olah sudah memaafkannya… Kenapa agaknya lelaki yang pernah melukakanmu adalah lelaki yang paling sukar dilupakan? Ini Wanista senaraikan sebab musababnya.

#1 Terlalu Meletakkan Harapan Tinggi

Nama pun bercinta. Ini bukan ikatan sah seperti ikatan perkahwinan yang melibatkan kedua belah pihak untuk mempertahankan hubungan sampai bila-bila. Jadi apabila bercinta, seseorang seharusnya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasangannya. Jangan terlalu taksub dan menjadi hamba cinta kerana padahnya apabila si dia meninggalkan kamu nanti. Kamu akan menjadi gila bayang dan begitu susahh untuk melupakannya.

Apa yang akan berlaku kemudian adalah kamu sukar untuk membuka hati kepada lelaki yang lain sebaliknya sanggup menunggu bekas kekasih itu tadi kerana terlalu obses dengan cintanya meski tak kunjung tiba.

#2 Masih Simpan Kenangan Lama

Kenangan manis kamu bersamanya terlalu banyak sehingga kamu sukar untuk melupakannya. Cuba buang dan asingkan semua pemberian yang pernah dia berikan kepadamu dulu. Buang semu foto-foto kamu bersama dengannya baik dalam media sosial mahupun dalam komputer dan telefon pintar. Taiada apa untuk disimpan sebagai kenangan kerana ini masa untuk kamu teruskan hidup mencari kebahagiaan yang baru. Unfollow juga mereka di media sosial dan delete nombor telefonnya.

Apa-apa pun, jangan terlalu ikutkan hati. Pentingkan perasaan diri sendiri dulu sbeelum orang lain okay?

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN