Berita & Isu Semasa

Risiko Lampu Terjatuh, IKEA Gesa Pelanggan Pulangkan Lampu Siling CALYPSO

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Risiko Lampu Terjatuh, IKEA Gesa Pelanggan Pulangkan Lampu Siling CALYPSO

MAKLUMAN PENTING!

IKLAN

IKEA menggesa supaya kesemua pelanggan yang membeli lampu siling model CALYPSO bertarikh selepas 1 Ogos 2016 untuk memeriksa kembali tarikh produksi yang tercatat pada produk berkenaan. Lihat sama ada ada tercatat tarikh: (yyww) 1625 hingga 1744.

Berikutan laporan yang diterima IKEA, terdapat beberapa pelanggan yang telah membuat aduan berkenaan peranti lampu yang tidak stabil dan mudah terjatuh. Namun begitu sehingga kini, masih belum ada apa-apa insiden kecederaan yang berlaku melibatkan nyawa disekitar Malaysia disebabkan oleh lampu berkenaan.

Galeri lampu IKEA. Sumber: styleblueprint.com

Untuk itu, IKEA meminta ihsan kesemua pelanggan yang pernah membeli lampu siling model CALYPSO tercatat kod tarikh 1625 hingga 1744 agar memulangkannya kembali untuk mendapatkan bayaran ganti rugi sepenuhnya. Bukti pembelian mahupun resit sama sekali tidak diperlukan sewaktu proses pemulangan dan penuntutan wang ganti rugi.

Untuk pengetahuan semua, IKEA sangat komited dan begitu mengambil berat tentang keselamatan para pengguna. Hal yang tidak diduga tidak sepatutnya berlaku dan inisiatif ini dilakukan adalah bagi memastikan keselamatan pengguna produk-produk IKEA semuanya terjamin.

Lampu siling IKEA model CALYPSO. Foto -Arkib Wanista

Kesemua produk keluaran IKEA telah menjalani beberapa siri ujian ketahanan dan keselamtaan mengikut piawaian namun disebabkan beberapa laporan yang diterima tentang tempurung kaca lampu siling model CALYPSO gugur tanpa sebab, untuk mengelakkan hal-hal yang lebih serius banyak berlaku… justeru pemulangan semuala adalah jalan yang paling efektif untuk dilakukan buat masa ini.

Berikut Adalah Cara Menanggal dan Memeriksa Tarikh Serta Kod Produksi Produk:-

Jika kod tarikh adalah bernombor dari 1625 hingga 1744 sila pulangkan dengan segera okay!

IKLAN