Fesyen

Tak Pernah Tak Seksi, Kempen Guess Jeans Musim Luruh 2018 Nyata Menggoda

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tak Pernah Tak Seksi, Kempen Guess Jeans Musim Luruh 2018 Nyata Menggoda

Untuk mewakili jenama-jenama fesyen global termahsyur seperti Guess adalah antara impian paling top kebanyakan model. Jika sudah namanya seorang peragawati, mengumpul nama membintangi jenama-jenama fesyen gah adalah suatu kemestian bagi melengkapkan porgfolio mereka dalam mengukuhkan lagi nama dalam bidang fesyen dan peragaan.

IKLAN

Setiap tahun, Guess yang popular kerana produksi dan rekaan pakaian berasaskan fabrik denim yang berkonsepkan santai dan elegan itu akan tampil dengan beberapa nama model baharu untuk dijadikan tariakn dalam poster kempen-kempen mereka.

Foto -Arkib Wanista

Seperti kempen musim Luruh/Sejuk 2018 ini, supermodel Amanda Cerny, Gwen Van Meir, Erin Cummins, Amanda Rodriguez, Julien Marlon and Charlie Matthews menjadi wajah utama dan antara seleksi item terkini rekaan Guess yang digayakan adalah seperti jaket jaket, seluar denim bersulam, dress motif kulit binatang, kot bulu tiruan, baju panas berlogo, korset denim dan banyak lagi.

Foto -Arkib Wanista

Untuk koleksi lelaki pula, kebanyakan helaian fesyennya adalah berlandaskan jaket seperti jaket denim, bomber dengan perincian quilted serta jaket kulit tiruan yang pastinya mampu merembeskan aura motor maskulin.

Foto -Arkib Wanista

Tidak ketinggalan aksesori, kasut dan beg tangan rata-ratanya diterap dengan potongan perincian yang lebih teguuh berbentuk struktur seperti beg tote, beg sandang yang sarat dihiasi logo serta beg silang berona metalik untuk cetus penampilan ranggi sepanjang musim luruh/sejuk tahun ini.

Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, lawat [guess.com].