Acara

Pesta Sambutan Halloween Di Legoland Ajak Keluarga Yang Mahu Berseronok!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pesta Sambutan Halloween Di Legoland Ajak Keluarga Yang Mahu Berseronok!

Istimewa sepanjang bulan Oktober ini, Legoland yang merupakan sebuah taman tema terkemuka di Johor, Malaysia sekali lagi tampil dengan pesta sambutan Halloween Brick-or-Treat 2018 yang bakal merubah rupa persekitaran taman tema menjadi kawasan belantara yang menakutkan untuk menyambut kunjungan seisi keluarga yang mahu berseronok!

IKLAN
Foto -Arkib Wanista

Antara tarikan menarik yang ditawarkan termasuklah “Hut Activity Trail” yang akan mencabar minda pengunjung untuk menyelesaikan beberapa cabaran disekitar checkpoint terlibat, “Laughter Castle” yang bisa menjadi latar foto kenangan paling gah untuk kamu bersama tersayang serta menyaksikan perarakan “Halloween Parade” menampilkan beberapa karakter Lego yang sudah berubah wajah menjadi hantu-hantu.

Tonton Teaser Legoland Malaysia Brick-or-Treat 2018

Tidak ketinggalan, setiap hari Jumaat sepanjang Oktober ini juga, Legoland Malaysia Resort akan menganjurkan parti Brick-or-Trick secara meriah dan di sinilah kanak-kanak boleh menonjolkan bakat mereka mengendalikan penyelesaian terhadap beberapa cabaran, di samping memakai pakaian kostum Halloween dengan cara palinng kreatif untuk peluang mennag RM500 serta banyak lagi hadiah menarik!

Foto -Arkib Wanista

Harga Tiket:-

Brick-or-Treat Party Nights: RM88

Kanak-kanak usia 3 – 11 tahun yang berpakaian lengkap Halloween boleh sertai pesata Halloween Brick-or-Treat Party Nights secara percuma tau! Untuk keterangan lanjut, lawat [Legoland.com.my]