Ada sesiapa yang masih tidak mengetahui cara memakai foundation yang betul?
Kita sedia maklum dalam menyediakan sesuatu mekap, penting untuk mendapatkan foundation atau bedas asas yang betul. Kalau tidak kena caranya nescaya mekap akan kelihatan kusam dan kelabu. Pemilihan foundation yang paling sesuai dengan jenis dan warna kulit itu permulaan untuk mendapatkan mekap yang sempurna.
Baca: Cara Pakai Foundation Untuk Jenis Kulit Berminyak, Kering Atau Normal
Bila bicara tentang foundation, jenama Fenty Beauty oleh Rihanna bermain di minda. Knappa ianya begitu popular? Salah satu Fenty Beauty mendapat tempat di hati pengguna adalah kerana fokusnya untuk memastikan produk, khususnya asas mempunyai pilihan yang pelbagai supaya semua orang dapat mencari warna yang terbaik untuk mereka. Tapi jangan tak tahu, bukan Fenty Beauty sahaja mengeluarkan asas yang tersedia dalam pelbagai warna, ada beberapa yang jenama kosmetik yang lain juga. Bukan 10, 20, tapi lebih 30 warna ada.
Ini antara yang terbaik dan mendapat respons positif pengguna.
Fenty Beauty
Dengan 40 pilihan warna, Fenty Beauty dibuat untuk wanita dari semua warna kulit. Yang putih pucat, sawo matang, kuning langsat, gelap, semuanya ada di Fenty Beauty.
Make Up Forever
Pada tahun 2015, Make Up Forever meluaskan tona warna foundation ke 40 pilihan yang bersesuaian dengan semua kulit. Jadi mustahil untuk anda tidak mendapatkan warna yang dikehendaki.
https://www.instagram.com/p/BmJLMPvDwZD/?hl=en&taken-by=makeupforeverofficial
Mac
MAC Cosmetics tidak menambah satu, dua, tetapi 18 warna baru kepada koleksi terlaris Studio Fix Fluid Foundation. Ini bererti dari 46 kini mempunyai sejumlah 64 warna. Menjadikannya jenama foundation terbesar ada di pasaran.
L’Oreal
Antara jenama drugstore terawal yang mengeluarkan foundation ialah L’Oreal True Match Foundation. Datang dalam 29 pilihan warna dan tiga nada yang berlainan (warm, cool dan neutral).
https://www.instagram.com/p/BY8yqp4hM48/?utm_source=ig_embed
Maybelline
Sama seperti Fenty Beauty dan Make Up Forever, Maybelline tidak terkecuali mengeluarkan 40 pilihan warna. Bukan itu sahaja Maybelline’s Fit Me antara foundation yang dijual di farmasi paling terbaik setakat ini. Penulis syorkan anda mencubanya dan rasai kelainan.
https://www.instagram.com/p/BZA–TDFINL/?utm_source=ig_embed
Huda Beauty
Vlogger kecantikan Huda Kattan merupakan individu berpengaruh dalam dunia kosmetik. Miliki lebih daripada 27 juta pengikut di Instagram, Huda sentiasa mendengar masalah pengikutnya sehingga mengeluarkan jenama sendiri, Huda Beauty. Untuk foundation saja, mempunyai 30 pilihan warna dari cerah sehinggalah ke gelap.
https://www.instagram.com/p/BmTP_lLHSHF/?hl=en&taken-by=hudabeauty
Bobbi Brown
Bobbi Brown tidak pernah mengecewakan setiap kali mengeluarkan sesuatu produk. Tampil 30 warna untuk Skin Foundation dan 31 untuk Skin Foundation Stick. Menerusi respons pengguna, tekstur Bobbi Brown masih lagi antara yang terbaik ada di pasaran.
Nars
Ramai orang mengelak formula asas liputan penuh kerana cenderung membuatkan muka terasa tebal. Walaubagaimanapun, Nars Natural Radiant Longwear Foundation menghasilkan kemasan sempurna dan berseri tanpa meninggalkan kulit terasa berat. Dan dengan 33 pilihan warna, tidak hairanlah ia adalah pilihan yang sangat popular.
Cover FX
Cover FX Natural Finish Oil Free Foundation mempunyai 36 pilihan warna. Diformulasikan dengan vitamin C dan E untuk menyegarkan keradangan dan mengurangkan kemerahan sambil mempunyai manfaat anti-penuaan, ia juga mewujudkan penampilan yang semulajadi.
https://www.instagram.com/p/BlF92qRgIUd/?hl=en&taken-by=coverfx
Estee Lauder
Jika anda mencari foundation yang memberikan liputan penuh, Estée Lauder Double Wear Stay-In-Place Foundation jawapannya! Menjanjikan ketahanan sehingga 24 jam, mekap asas yang mempunyai 53 pilihan warna dibuat untuk individu moden yang sibuk bekerja.
Terlalu banyak pilihan? Pada yang masih tidak tahu cara memilih foundation, aplikasikan sahaja sedikit di dagu untuk mengetahui warna kulit yang betul.