Jika anda merupakan peminat filem seram, jangan ketinggalan untuk menonton filem berjudul “Beddua : The Curse” yang ternyata lebih seram dan lebih mencabar adrenalin.
Menariknya, filem Beddua: The Curse merupakan dari pembikin filem sama yang menerbitkan filem “SiCCin” iaitu Alper Mestçi.
Sinopsis
Empat gadis sekawan dan seorang dukun wanita bernama Havel… ia berkisarkan kuasa sumpahan yang bakal menguasai diri Melek, Burcu, Eda and Ayla yang pada asalanya merupakan teman persekolahan. Mereka adalah sahabat baik dan tidak pernah berpisah sehinggalah tamat pengajian. Namun pada suatu hari, takdir menemukan mereka dengan seorang dukun wanita yang muncul entah dari mana dan sejak itu, kehidupan mereka kacau-bilau dan berubah serta-merta.
Beddua: The Curse akan menghantui Malaysia pada 4 Oktober 2018 ini.
Tonton Trailer Beddua: The Curse
Wanista dengan ini ingin mengajak anda untuk menonton bersama pada hari tayangan perdana Beddua: The Curse pada:
Tarikh : 2 Oktober 2018 (Selasa)
Masa : 9 malam
Lokasi : TGV Cinemas Wangsa Walk
Dapatkan pas percuma tayangan perdana Beddua: The Curse dengan menjawab soalan mudah berikut:
Namakan pembikin filem Beddua: The Curse?
Syarat pernyataan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
2. Jawapan boleh dihantar ke alamat emel [email protected] dengan tajuk ‘Beddua: The Curse’.
3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Alamat Rumah dan Nombor Telefon Bimbit.
4. Peraduan ini hanya sah dari 24 September hingga 1 Oktober 2018.
5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat.
6. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem Beddua: The Curse pada 2 Oktober 2018 jam 8.00 hingga 8.45 malam di TGV Cinemas Wangsa Walk.
Good Luck!