Review - Kecantikan

Nak Muka Lembap, Berkilat Dan Bebas Jerawat, Masker Dari Fresh Sumpah Terbaik

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Nak Muka Lembap, Berkilat Dan Bebas Jerawat, Masker Dari Fresh Sumpah Terbaik

Cerita pasal mask lagi!

Sekarang terdapat banyak pilihan facial mask atau topeng muka di pasaran. Dari penggunaan pelbagai bahan untuk pelbagai masalah kulit muka. Kita sedia maklum kulit sama pentingnya dengan mana-mana organ lain di dalam tubuh, dan satu perkara yang perlu ada bagi memberi kulit wajah awet muda dan segar adalah Vitamin C, yang melakukan pelbagai fungsi penting terus dari dalam kulit.

Foto – Restaurant Girl

Vitamin C boleh dikatakan vitamin paling popular diantara semua vitamin. Buah-buahan sitrus seperti oren, lemon, limau gedang kaya dengan sumber vitamin C. Kulit yang anjal tanpa kedutan ialah dari kolagen kulit yang aktif. Anda ingin kulit tanpa sebarang masalah penuaan dan cerah, vitamin C antara yang terbaik!

Untuk mendapat manfaat vitamin C, baru-baru ini penulis menggunakan masker yang telah melakukan magik kepada kulit. Pernah dengar tentang Fresh Vitamin C Glow Powder? Masker berbentuk serbuk yang mempunyai peraturan ‘berat’ tapi hasilnya memang menakjubkan.

Perkenalkan Fresh Vitamin C Glow Powder

“Apabila saya mermas penat, saya selalu mengambil vitamin C untuk merangsang tenaga dan kulit, jadi saya mencipta glow powder dengan 20 peratus vitamin C untuk mengecas tenaga secara semulajadi. Ia amat menakjubkan selepas penerbangan panjang.” – Lev Glazman, Pengasas Fresh.

Foto – Arkib Wanista

Vitamin C Glow Powder adalah topeng muka 30 saat dengan kebaikan 20% vitamin C ini magik untuk anda.

Menariknya topeng muka yang bekerja selama 30 saat ini mampu mencerahkan kulit dengan segera dan mengetatkan liang dengan kebaikan 20% vitamin C. Diperkaya dengan buahan sitrus (dipenuhi dengan vitamin C, mineral, dan ekstrak buah dengan AHA) formula menyegarkan serta-merta ini juga membuatkan kulit berkilat dengan hanya satu penggunaan sahaja. Bayangkan jika anda lakukan rawatan ini setiap minggu, bercahaya bak sinaran matahari.

Cara Penggunaan

1. Hanya tambahkan air pada serbuk, kacau sehingga manjadi pes dan lumurkan ke muka dengan rata.

2. Biarkan 30 saat sahaja kerana jika dibiarkan lama, kulit akan panas sehingga kemerahan kerana kesan drastik pada serbuk tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Walaubagaimanapun, ia masih cukup lembut untuk semua jenis kulit, termasuklah yang sensitif.

Jika digunakan dua kali seminggu selama 4 minggu:

  • 97% mengatakan ia mencerahkan dan memperbaiki kulit mereka.
  • 90% melaporkan kulit mereka dirasakan dicas semula dan ia sangat menyegarkan kulit yang kusam.
  • 100% mengatakan ia mengelupas kulit mereka dan tekstur kulit mereka bertambah baik selepas 2 minggu penggunaan.

Anda boleh dapatkan Fresh Vitamin C Glow Powder di semua cawangan Sephora dengan harga runcit RM189 saja.

Bila dah guna, jangan lupa kongsi dengan Wanista, tag di Instagram kami.

Lots of Love ❤