Ngeri. Selepas Tsunami, ribut taufan yang diberi nama Mangkhut ini adalah antara bencana alam paling menakutkan pernah direkodkan dunia biarpun ia hanya melanda kawasan sekitar Hong Kong dan Macau, China.
Menurut laporan yang dikeluarkan, Filipina dan beberapa negara sampingan lain turut terjejas disebabkan taufan gergasi itu yang telah berlaku sejak 4 hari lalu.
Sebagai negara tumpuan pelancing, antara mercu yang paling terkesan dengan amukan ribut taufan itu adalah Disneyland.
Saksikan Video Detik-Detik Cemas Sewaktu Taufan Mangkhut
Menurut sebuah notis yang dimuat naik ke lama sesawang Disneyland Hong Kong, taman tema Disney itu akan dibuka semula pada hari ini, 18 September 2018 namun disebabkan keterjejasan dan beberapa kerosakan yang berlaku terhadap fasiliti taman tema, sebahagian tarikan seperti Pusat Tasik Rekreasi akan ditutup sehingga notis baru dikeluarkan.
Untuk meleraikan persoalan di minda, ini beberapa keping foto sekitar Disneyland Hong Kong yang habis rosak dibadai Taufan Mangkhut.
Taufan Mangkhut banyak menyumbang kerosakan serius kepada fasiliti disekitar Disneyland Hong Kong…
Pokok-pokok besar turut tumbang disebabkan angin taufan yang kuat…
Umpama kawasan tinggal yang sudah lama tidak dihuni…
Sejak semalam, sebanyak 2,000 penerbangan telah dijadualkan semula dan semuanya dijangka lancar dan kembali normal hari ini. Cuaca paling buruk berikutan Taufan Mangkhut adalah pada Ahad lalu apabila guruh, kilat dan angin kencang berlarutan sehingga 10 jam lamanya sehingga kesemua penerbangan terpaksa diberhentikan agar tiada kemalangan berlaku.