Kecantikan

Kajian Jelaskan Kenapa Kamu Perlu Bangga Ada Pipi Tembam

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kajian Jelaskan Kenapa Kamu Perlu Bangga Ada Pipi Tembam

Sebagai generasi yang sangat menitik beratkan penjagaan kecantikan, ramai anak muda yanng berada dalam lingkungan usia 20-an khususnya menganggap bentuk pipi dan rahang yang tirus adalah lebih menarik berbanding pipi yang bulat dan penuh -atau lebih dikenali dengan gelaran ‘tembam’.

Namun begitu, ramai sebenarnyayang tidak sedar bahawa penampilan dengan bentuk pipi penuh yang bulat sebenarnya memberi faedah kepada si pemiliknya. Menurut kajian, ini kelebihan berpipi tembam yang semua wanita harus banggakan!

#1 Nampak Muda 3 Kali Ganda!

Lazimnya, pipi yang tembam ini dianugerahkan menerusi genetik. Boleh jadi, keturunan kamu sememangnya berpipi bulat. Nah, cuba lihat ibu, ayah atau kedua nenek dan atuk kamu. Bukankah mereka terlihat jauh lebih muda daripada usia asal kerana penampilan pipi tembam itu?

#2 Lambat Diserang Penuaan

Sekarang mungkin kamu rasa tak suka dengan penampilan pipi tembam, tapi bila wajah sudah semakin tua nanti, pipi tembamlah menjadi penyelamat untuk buat kamu terlihat muda tau! Apabila kamu memiliki bentuk pipi yang penuh, kedutan kurang terlihat berbanding apabila kamu memiliki pipi yang lebih tirus atau berahang tajam.

Sumber: Pinterest

Boleh bezakan wajah orang Asia dan orang barat. Orang Asia yang sudah berumur pasti kelihatan lebih manis berbanding individu berumur di barat kerana kebanyakan orang barat memiliki bentuk wajah panjang dan bersegi.

#3 Kata Lelaki, Wajah Bulat Lebih Feminin

Beberapa kajian rambang telah dilakukan terhadap lelaki dan rata-ratanya menyatakan bahawa, wanita yang memiliki pipi bulat lebih menarik, comel, bahkan, sangat feminin. 

#4 Mudah Didekati

Percaya atau tidak, individu yang memiliki bentuk pipi penuh lazimnya lebih mudah didekati kerana mereka terlihat ramah dan mesra. Ini kerana jika diikut pada logik akal, wajah yang memiliki pipi tembam akan kelihatan lebih lembut berbanding wajah yang berpipi tirus.

Walaupun kedua foto Selena Gomez dan Bella Hadid ini tidak mengukir senyuman, Selena dilihat lebih lembut kerana berpipi bulat manakala, Bella nampak seperti individu yang garang betul tak?

#5 Berupaya Menyimpan Emosi

Baik kamu sedang bersedih atau sedang dalam gelisah sekalipun, orang sukar mengenal pasti emosi negatif kamu kerana sememangnya memiliki pipi tembam ini buat wajah serta-merta nampak natural dan ceria sentiasa. Tak senyum pun nampak macam senyum! Kecuali kalau kamu berkerut lah… itu memang nampak sangat tengah moody.

#6 Orang Mudah Kenal

Jika kamu berpipi tembam, cukup sekali pandang orang akan terus ingat siapa kamu. Ini kerana, mengikut pandangan sains, kita lebih mudah mengingati wajah seseorang apabila individu itu memiliki karakter atau struktur wajah babyface. Betul ke ni?

Sumber: Pinterest

Mulai dari saat ini, cuba tepuk dada dan tanya selera. Apakah berpipi tirus itu lebih menjadi pujaan hati kamu sedangkan berpipi bulat ternyata lebih comel dan kelihatan awet muda? ❤

RUJUKAN 1, 2

Komen Anda