Hiburan

Badan Penuh Lebam Dan Bisul, Bintang K-Pop Kongsi Foto Didera Teman Lelaki

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Badan Penuh Lebam Dan Bisul, Bintang K-Pop Kongsi Foto Didera Teman Lelaki

Dunia K-Pop digemparkan dengan berita Idol Hara, bekas anggota kumpula Kara teruk menjadi mangsa penderaan fizikal teman lelakinya.

IKLAN

Tidak berdiam diri, Hara bertindak mendedahkan gambar dirinya didera. Dalam gambar yang dikeluarkan oleh media Dispatch, wanita 27 tahun itu dilihat dengan lebam penuh di seluruh tubuhnya.

Foto – Dispatch

Hara juga berkongsi diagnosis perubatan daripada pakar obstetrik dan ahli ortopedik. Menurut pakar obstetriknya, Hara mengalami pendarahan di rahim dan vagina berikutan serangan yang dikatakan itu, yang memerlukan masa seminggu untuk proses penyembuhan.

Foto – Dispatch

Teman lelaki Hara, seorang hairstylist, mendakwa bahawa dia menyerang Hara 13 September, hanya selepas tengah malam. Dalam kenyataannya kepada polis Korea, berkata bahawa Hara menjadi ganas apabila dia cuba untuk berpisah dengannya.

“Saya mahu memutuskan hubungan kerana berbeza personaliti. Dakwaannya bahawa ia adalah keganasan dua pihak tidak benar, ” kata lelaki berusia 27 tahun itu.

Foto – Allkpop

“Saya tidak pernah mencederakan seseorang sepanjang hidup saya. Apa lagi, saya tidak pernah berbuat demikian kepada seorang wanita. Jika Goo Hara benar-benar mempunyai lebam, maka itu kerana terdapat hubungan fizikal apabila saya cuba menenangkannya ketika dia memukul dan mengamuk dengan saya. Ia tidak disebabkan oleh penumbuk saya atau keganasan lain. Saya bersumpah, ” jelasnya.

RUJUKAN

IKLAN