Adakah kamu jenis yang suka mewarnakan rambut setiap musim, setiap bulan? Ataupun sekadar hobi kerana bosan dengan warna semulajadi pada rambut?
- Foto – Giphy
Orang kata warna rambut mampu mengubah penampilan yang lebih segar dan menarik. Lihat sahaja k-pop idol yang kerap mewarnakan rambut mereka setiap kali comeback, cukup membuatkan kita terpegun.
Mewarnakan rambut memang best, cuma yang menyampahkan cara penjagaannya. Jika kerap warna mulalah scalp jadi lemah sehingga rambut mulai gugur dan rosak.
Selain ke salon untuk rawatan, 5 syampu berikut adalah yang terbaik untuk rambut berwarna yang boleh anda gunakan untuk membaiki rambut dari kulit kepala.
Moist Diane Extra Damage Repair
Diperkaya dengan Minyak Argan Organik yang diimport asli dari bumi Morocco.
- Foto – Carousell
Formula dipercayai mampu merangsang keratin rambut (akar umbi) dari dalam lapisan kulit kepala supaya mampu membaik pulih secara efektif keadaan rambut, khususnya untuk wanita Asia yang seing terdedah kepada cuaca yang tidak menentu.
Botanist Botanical Shampoo
Dikenali dengan pelbagai jenis rawatan syampu, Botanist mengandungi lebih daripada 90% ramuan tumbuhan semulajadi dan air. Bahan-bahan semulajadi yang dipilih membantu mengekalkan kelembutan rambut sambil mengekalkan kulit kepala yang sihat dan segar.
- Foto – Sephora
Semua produk Botanist bebas silikon dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kelemumur, kulit kepala kering, kegatalan dan kerengsaan kulit kepala serta yang berwarna.
Ouai Repair Shampoo
Rambut kelihatan kering, rapuh dan mudah rosak selepas kerja mewarnai rambut?
- Foto – Beauty Point of View
Pilih saja Ouai Repair yang berjanji untuk menguatkan helaian, menjadikan rambut lebih kuat bahkan berkilau selepas digunakan. Ia juga selamat untuk rambut berwarna malah mengekalkan dalam tempoh yang lama.
OGx Renewing Argan Oil Of Morocco Shampoo
- Foto – Fabbon
Diperkayakan dengan formula minyak argan, OGx membantu memulihkan dan menguatkan kulit kepala untuk mengembalikan kelembutan bak studera. Ia akan membantu melindungi rambut anda dari pelbagai gaya, tanpa sebarang sulfat atau paraben.
LUX Luminique Goji Berry Moist Shampoo And Treatment
- Foto – Shopee
Mengandungi bahan pelembap keseluruhan, LUX Luminique Goji Berry Moist Shampoo And Treatment menjanjikan untuk menghidupkan semula kulit kepala yang kering, rosak, sambil mengimbangi tahap kelembapan kulit kepala anda dan mengekalkannya pada paras yang optimum.
Jadi selepas ini tiada lagi masalah rambut rosak walau kerap warna.
Selamat Beramal!