Kecantikan

Bukan Sebab Tua, Ketahui Angkara Lain Rambut Jadi Beruban

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Bukan Sebab Tua, Ketahui Angkara Lain Rambut Jadi Beruban

Lumrah kehidupan, semua orang akan merasai tua dan salah satu petanda yang bisa menyatakan bahawa seseorang itu sudah lanjut usia adalah apabila rambutnya mulai menjadi putih.

Biarpun uban sering dikaitkan dengan warga emas, individu remaja juga tidak terleps dari mengalami masalah rambut beruban tetapi, bagaimana ia boleh terjadi -menyerang individu yang masih muda?

Wanista tampilkan beberapa sebab mengapa uban menyerang mereka yang masih muda.

Foto -Pinterest

#1 Stres Boleh Jadi Punca Utama

Pernah tak dengar orang kata “Banyak uban ni sebab banyak berfikir”. Ya… terbuktilah bahawa tekanan jiwa sedikit sebanyak menyumbang pada masalah rambut beruban. Selain uban, stres juga bisa menyebabkan rambut rontok dan gugur.

#2 Sebab Keturunan

Sama seperti masalah kelemumur, rambut beruban juga bisa terjadoi andainya kamu mewarisi genetik yang cepat beruban daripada waris dan ahli kelurga kamu. Jika kedua ibu bapa mu jenis orang yang lekas beruban dahulu, maka kamu turut berisiko masalah rambut beruban sebelum waktunya.

#3 Haba Dari Alatan Elektronik Rambut

Jangan terkejut, haba dari peranti elektronik seperti pengering dan penggulung rambut boleh menyumbang masalah rambut beruban awal.

Jika selalu digunakan terhadap rambut, rambut jadi lemah dan rapuh,. Suhu panas turut menganggu penghasilan melanin lalu, lekas beruban.

#4 Suka Mewarna Rambut

Rambut berwarna memang nampak cantik tetapi hakikatnya, pewarna boleh merosakkan sel melanin sehingga menjadikannya putih. 

Sumber: Pinterest

#5 Tabiat Merokok

Sebuah kajian yang pernah diterbit hasil J.G. Mosley pada tahun 1996 mendapati, perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut beruban (cepat beruban).

#6 Makan Banyak Makanan Segera

Mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan janjan akan merosakkan kesejahteraan tubuh bahkan, dalam masa yang sama, ia akan memberi efek negatif terhadap penghasilan melanin dalam rambut. Hasilnya rambut menjadi putih.

#7 Kurang Asid Folik & Zat Besi

Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 dalam tubuh akan melambatkan serta menjeas pertumbuhan rambut baru yang sihat. 

#8 Kerap Cuci Rambut

Serius ke? Faktor ini berkait rapat dengan jenis syampu. Justeru pilihlah syampu yang bebas bahan kimia kerana bahan kimialah yang boleh menyebabkan rambut beruban cepat.

RUJUKAN 1, 2, 3

Komen Anda