Cuba bayangkan tidur di dalam bilik yang penuh dengan buku? Bahagiakan?
Untuk pengetahuan anda, Airbnb memberikan peminat sastera peluang untuk menginap satu malam di BookXcess, kedai buku terbesar di Malaysia. Untuk satu malam sahaja, Airbnb akan mengubah suatu ruang dalam kedai terbaharu BookXcess di Tamarind Square, Cyberjaya, menjadikan bilik tidur eksklusif untuk menginap. Buat pertama kalinya, waktu tidur anda tidak akan menjadi isu, dan anda dapat melelapkan mata disertai dengan ribuan pengembaraan sastera yang menanti anda.
Tetapi ada syaratnya…
Cawangan BookXcess yang baru dibuka di Tamarind Square akan disenaraikan di Airbnb dari 29-30 September, dan menawarkan satu pemenang bertuah dan temannya peluang untuk menginap di kedai buku untuk hujung minggu. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat membaca dan menikmati idea bahawa buku boleh membawa kita mengembara ke dunia yang berbeza.
Yang menarik…
Pasangan yang menang akan mendapat pengalaman mendalam dalam pengurusan kedai buku dan menjadi bos mereka sendiri untuk sehari. Kumpulan BookXcess akan memberikan akses eksklusif di belakang layar mengenai pengurusan sebuah kedai buku. Di sana, anda boleh hidupkan impian anda semasa anda mengendalikan mesin tunai, belajar cara memilih buku untuk kedai, dan berinteraksi dengan pelanggan. Selain itu – anda pasti teruja – satu sesi “Grab-& -Go” akan diadakan, di mana pemenang boleh membawa pulang sebanyak mana buku yang boleh disambar oleh mereka dalam masa dua minit!
Untuk berpeluang memenangi pengalaman ini, pengembara mesti menjawab soalan mengenai buku kegemaran mereka (genre dan tajuk) untuk dibawa mengembara dan mengapa. Untuk syarat kelayakan dan terma dan syarat peraduan penuh, sila lihat halaman penyenaraian. https://www.airbnb.com.my/rooms/28351386.