Hiburan

Kesian Hyuna Kena Tendang Syarikat Hanya Kerana Bercinta Dengan Idol Muda

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Kesian Hyuna Kena Tendang Syarikat Hanya Kerana Bercinta Dengan Idol Muda

Hanya kerana bercinta, mereka ditendang seperti sampah.

Semalam dunia hiburan K-Pop dikejutkan dengan berita idol paling sensasi Hyuna dan teman lelakinya E’Dawn yang juga anggota kumpulan Pentagon ditendang agensi mereka sendiri Cube Entertainment.

Alasan Cube, mereka sudah tidak dapat bekerja dengan Hyuna dan E’Dawn, mereka gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat.

Foto – Koreaboo

Pada 13 September, Cube Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Hyuna dan E’Dawn tidak lagi akan diuruskan oleh agensi itu. Mereka menyatakan bahawa kepercayaan mereka telah dilanggar dan keputusan yang dikeluarkan oleh agensi itu dibuat setelah pertimbangan yang teliti.

Walaubagaimanapun, agensi itu menarik semula kenyataan awal mereka. Pada sebelah petang, Shin Dae Nam, wakil Cube Entertainment, menyatakan,

“Penyingkiran HyunA dan E’Dawn dari agensi itu adalah perkara yang masih dibincangkan dan tidak ada keputusan rasmi lagi. Kami percaya bahawa pendapat artis mengenai perkara itu penting, dan ini adalah perkara yang perlu kita dengar dari mereka sebelum membuat keputusan muktamad. Kami akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah minggu depan untuk membincangkan perkara ini.”

Jika mereka ditendang, sorry to say itu merupakan alasan paling BODOH pernah penulis baca. Dan mungkin disebabkan ini kebanyakan selebriti Korea memilih untuk merahsiakan hubungan percintaan mereka. Kenapa tidak? Dengan peminat yang tidak dapat menerima hakikat artis kesayangan mereka sudah menemui cinta hati, keadaan menjadi haru-biru. E’Dawn yang terpaksa hiatus dari aktiviti seni kerana peminat mendesaknya keluar dari kumpulan Pentagon, malah Hyuna juga berehat dari bidang nyanyian. Sejak diumumkan mereka berdua bercinta, peminat tidak dapat menerima kenyataan bahkan membenci mereka berdua. Peminat seperti ini sebenarnya sakit otak tidak tahu membezakan realiti dan fantasi.

Kepada Kpopers, tolonglah jangan bertindak seperti ini. Kalau suka mesti ada batasannya. Delusional!

RUJUKAN

Komen Anda