Wanita yang aktif, terutamanya bagi mereka yang berbadan gempal atau memiliki saiz tubuh yang curvy, mencari pakaian dalam bersesuaian yang menjanjikan keselesaan optimum adalah sukar.
Apabila membeli pakaian dalam, banyak aspek yang perlu diperhatikan termasuklah keadaan material, daya regangan fabrik, serta saiz yang adakalanya tidak menepati setiap inci tubuh badan.
Melihatkan kebutuhan itu, Sloggi komited untuk memberi keselesaan yang terbaik buat para wanita agar tiada batasan dalam melakukan pergerakan, biarkan pergerakan itu adalah rutin senaman yang ekstrem.
Tonton Pengenalan Sloggi mOve Untuk Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2018
Baru-baru ini, Slogi tampil mengumumkan koleksi pakaian dalam istimewa khas untuk semua jenis aktiviti atletik dipanggil “Sloggi mOve”.
Sesuai juga untuk dipakai sebagai pakaian dalam harian, apa yang menarik adalah, material dan fabrik dari rangkaian FLOW bisa menyerap peluh dan bau badan dengan baik menggunakan teknologi BIO HeatSol. Jadi tak perlulah kamu risau tentang penampilan diri kala melakukan pergerakan lasak hingga merembeskan ‘peluh jantan’ sekalipun!
Bagi rangkaian yang dipanggil FLEX, ia memberikan fleksibiliti terbaik untuk kamu bergerak sepenuhnya tanpa berasa perit biar baju dalam dan seluar dalam yang dipakai melekat ketat pada kulit.
Untuk kamu yang sering berasa rimas dengan cuaca panas hingga menyebabkan pakaian dalam yang dipakai basah lencun kerana peluh, boleh pakai rangkaian FLY yang mampu menstabilkan suhu badan yang bertindak balas dengan cuaca luar. Kamu pasti berasa segar sepanjang hari!
Akhir kata, koleksi baju dalam dari Sloggi mOve -FLOW, FLEX dan FLY ini adalah berjisim ringan dan cepat mengering! Tiada lagi masalah ketidakselesaan yang disebabkan baju dalam.
Klik [sloggi.com] untuk keterangan lanjut.