James Gordon Ramsay ialah seorang cef, pengusaha restoran dan personaliti televisyen dari United Kingdom.
Sebagai seorang selebriti televisyen, Gordon terkenal dengan sikapnya yang cepat meradang, tegas dan sering melemparkan kata-kata kesat dan celupar sehingga dilabel chef paling kejam di dunia.
Mungkin kerana kelantangannya, Gordon berjaya menjadi pengacara dan juri untuk banyak rancangan televisyen masakan popular seperti Hell’s Kitchen, The F Word, Kitchen Nightmares, MasterChef dan MasterChef Junior serta pelbagai lagi.
Selain bermulut celupar, apa lagi perkara baru yang anda tahu tentang chef 51 tahun ini?
1. Dia miliki tali pinggang hitam sukan karate
Mungkin disebabkan itu dia langsung tidak takut menjerit dekat chef lain. Dalam satu temu bual, Gordon menceritakan pengalamannya dengan seorang kontinjen Hell Kitchen yang cuba memukulnya dan berkata, “Saya mempunyai tali pinggang hitam dalam karate. Saya suka tinju. Jadi…”
2. Restorannya ada 16 bintang Michelin
Restorannya telah menerima 16 anugerah bintang Michelin. Restorannya yang terkemuka, Restaurant Gordon Ramsay di Chelsea, London, memiliki 3 bintang Michelin sejak tahun 2001.
3. Gordon Ramsay tak tonton rancangan sendiri
Semasa wawancara dengan Playboy, Gordon menjelaskan keputusannya untuk tidak menonton rancangan sendiri kerana tidak mahu dirinya obses dan mula berfikir tentang mengenakan mekap dan melihat cara berjalan supaya tampak sempurna di dalam kamera.
4. Satu menu kegemaran yang dia akan pesan walau di mana saja
Rasanya apa? Setiap kali makan di restoran, Gordon akan memesan Beef Wellington, “sama ada di tengah-tengah Milan atau Paris atau di tengah-tengah New York, di mana sahaja.”
5. Benci makanan sejuk beku
Gordon menjelaskan dia benci makanan sejuk beku kerana ianya sangat mudah dan remeh. Bahkan rasa juga seakan-akan sama.
6. Dia akan menajdi tentera laut jika tidak seorang chef
Menurut Gordon jika tidak menjadi chef, “Saya mungkin akan meneruskan kerjaya sebagai tentera laut. Mereka sangat berdisiplin.”
7. Tak suka hadiri majlis makan malam
“Saya benar-benar cuba untuk tidak pergi – kebanyakannya kerana saya tidak boleh duduk di sana dan berpura-pura semua makanan lazat walaupun tidak. Makanannya selalu tidak menepati cita rasa saya, terlalu sukar untuk menjadi diplomatik.”
Senang cerita Gordon Ramsay ni cerewet dan susah nak puaskan hati dia..