Giveaway, Info Menarik

10 Kelainan Sunway Lagoon Nights of Fright 6 + Wanista Beri 20 Pasang Tiket

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
10 Kelainan Sunway Lagoon Nights of Fright 6 + Wanista Beri 20 Pasang Tiket

Halloween tiba lagi!

Sunway Lagoon sekali lagi mengadakan upacara terbesar paling seram “Nights of Fright” dan kali ini sudah memasuki musim keenam. Bermula 28 September hingga 31 Oktober 2018, Sunway Lagoon membawakan lapan rumah hantu, empat zon menakutkan dan pelbagai aktiviti untuk memberikan pengalaman yang lebih ngeri yang tiada di tempat lain.

Cabar adrenalin anda di Nights of Fright 6

Wendigo – The Legend in the Mist – Tempat mitos dan raksasa, dipenuhi dengan semangat kanibal yang memakan manusia.

Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns – Rumah yang dipenuhi dengan badut. Ramai yang mengatakan bahawa badut sepatutnya membuatkan anda ketawa tapi ternyata badut ngeri dan kejam.

Slaughterhouse 13 – Melawat rumah penyembelihan Chan yang telah lama ditutup dan ditinggalkan selepas seorang pekerja, Lee Lee Choong menemui badan yang tergantung di dalam peti ais Slaughterhouse 13.

Slaughterhouse 13. Foto – Arkib Wanista

Zombie Zoo – Masuk ke dalam dunia zoo yang dipenuhi haiwan yang menakutkan.

Scarytales Theater – Duduk dengan senyap dan mendengar kisah-kisah Pontianak, Toyol dan Pocong, dengan suara yang mengelilingi anda, kerana mereka akan tinggal bersama anda sepanjang malam.

Ghostbusters – Hantu-hantu moden yang menghuni bandar New York dan diserikan lagi dengan permainan lampu.

Horrorwood Studios Wax Museum of Monsters – Datanglah melawat ke rumah lilin yang dipenuhi dengan watak-watak filem seram paling menakutkan sepanjang zaman seperti Jason, Freddy, Billy dan Michael Myers serta banyak lagi.

Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns. Foto – Arkib Wanista

Ghost Face – The Face To Make You Scream in UV3D – Siapa sangka mimpi ngeri anda yang paling teruk datang menghuni hidup anda di dalam rumah hantu ini.

Jampi – Apabila anda memasuki kawasan Jampi, anda akan bertemu dengan Salem Witch, Malay Dukun, Indian Witch dan Chinese Witch yang sedang menyanyikan mantra dan melakukan ritual.

Enclave of Torture – Di mana memberikan gambaran yang paling dekat dengan dunia pembunuhan kejam.

Tiket dan Masa Nights of Fright 6 (NOF 6)

Dibuka: Bermula 28 September – 31 Oktober 2018 dari jam 7:30 malam hingga 11:30 malam.

Tiket: Express Lane combo yang berharga RM114 (dari 16 September 2018 dan seterusnya), RM69 (harga normal).

Foto – Arkib Wanista

Anda teruja nak turut serta dalam festival ini? Wanista nak beri 20 pasang tiket ke festival Nights of Fright 6 kepada semua pembaca.

Berikan alasan paling kreatif kenapa anda ingin memenangi tiket ke Nights of Fright 6?

Syarat Pernyataan

1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom

2. Jawapan boleh dihantar ke alamat emel submit@wanista.com dengan tajuk ‘Sunway Lagoon Nights of Fright 6′.

3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit.

4. Peraduan ini hanya sah dari 17 hingga 28 September 2018.

5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat.

6. Keputusan hakim adalah muktamad.

Foto – Arkib Wanista

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-5639 0000 atau layari www.sunwaylagoon.com atau Facebook Sunway Lagoon Malaysia.

BACA  Bijak Dan Asal Orang Biasa, Kenali Maharani Jepun Masako Owada

Semoga Berjaya!