Cinta & Perhubungan

Kalau Lelaki Lakukan 3 Perkara Ni Ketika Dating, Maka Tinggalkan Saja…

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Kalau Lelaki Lakukan 3 Perkara Ni Ketika Dating, Maka Tinggalkan Saja…

Lumrah untuk merasa teruja malah gembira untuk memulakan episod dengan seseorang, terutamanya apabila kamu baru saja bertemu seorang lelaki istimewa yang kamu dapat melihat diri bersama dengannya.

Malangnya, tidak semua orang secara psikologi bersedia untuk menjadi sebahagian dalam hubungan yang sihat dengan seseorang.

Dan jika kamu berdepan 3 perkara ini dengan lelaki yang anda rasakan ‘selesa’ tetapi sebenarnya toksik, maka tinggalkan saja. Tak payah membazir air mata dan perasaan… ucapkan selamat jalan saja.

Asyik bercakap tentang kisah cinta lampau

Pernahkah kamu pergi keluar temu janji, tetapi lelaki tersebut menghabiskan kualiti masa dengan hanya bercerita tentang kekecewaannya pada bekas teman wanita atau kisah cintanya dahulu?

Foto – Movie Reviews Simbasible

Lelaki sebegini boleh membuatkan kamu merasa seperti kamu perlu menyelamatkan dia, tetapi sebenarnya jangan. Apa yang perlu dia lakukan kalau berjumpa dengan terapi bukannya keluar bersama dengan kamu. Bukan sahaja dia langsung tidak menghargai malah membuang masa kamu, bersiap cantik-cantik tapi akhirnya hanya mendengar cerita lampaunya.

Jangan jadi bodoh okay…

Cakap ‘kotor’

Cakap ‘kotor’ yang macam mana?

Foto – Giphy

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana si lelaki asyik bercerita tentang kehebatan diri sendiri, lelaki yang sentiasa mengagumi kehebatan seksualnya sehingga menghantar gambar yang tidak sepatutnya. Dia cuba membuat anda menjadi objek obsesi seksualnya, jika ada seeloknya tinggalkan dia. Bukan hanya dia kasar dan tidak sopan, tetapi dia juga menunjukkan tanda-tanda yang tidak selamat. Kalau benar dia mahu berkawan, dia akan melindungi maruah kamu, bukan cuba menghancurkannya.

Ini adalah tanda orang yang tidak bersedia untuk hubungan sebenar… jadi larikan diri.

Asyik cari alasan

Rasa sudah bersedia untuk memulakan episod baru dengan si dia tetapi tiba-tiba dia seperti tarik tali dengan kamu. Setiap pelan bersamanya tidak wujud atau sentiasa dibuat secara last minute. Dia sentiasa menjadualkan semula atau menelefon kamu pada saat-saat akhir untuk “hang out” atau sekadar “chill.”

Foto – Made Man

Setiap kali kamu cuba merancang sesuatu dengan si dia, tetapi dia asyik mencari alasan – masalah kerja, isu kewangan, tidak sihat, hal keluarga, pelbagai alasan – maka jalan mudah lepaskan diri.

Lepaskan diri supaya tidak menyesal kelak.

All The Best!

Komen Anda