Fesyen

Debut Di NYFW, Lourdes Leon Anak Dara Madonna Tampil Daring Berbaju Dalam

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Debut Di NYFW, Lourdes Leon Anak Dara Madonna Tampil Daring Berbaju Dalam

Nama Madonna bukan asing lagi dalam dunia fesyen. Tetapi untuk anak perempuannya, Lourdes Leon ini merupakan titik permulaan sebagai model apabila berjaya debut di Minggu Fesyen New York untuk label Gypsy Sport.

Foto – People

Berjalan untuk Gypsy Sport Spring/Summer 2019, gadis 21 tahun ini mencuri perhatian penggiat fesyen dan jurugambar apabila hanya tampil memakai bra cangkerang berantai yang sekadar menutup asetnya sahaja. Dipasangkan dengan jeans lusuh koyak-rabak dan sneakers putih bertumit tebal.

Foto – Harper Bazaar

Bukan itu sahaja, Lourdes juga dengan bangga mempamerkan bulu kaki yang tidak dipantis untuk mencipta kelainan.

Foto – Splash News Australia

Lourdes dikenali kerana semangatnya memperjuangkan kecantikan semulajadi wanita, dan sebelum ini telah mempamerkan bulu ketiak dalam kempen jenama Converse.

Foto – Teen Vogue

Kenapa kebanyakan anak selebriti nak jadi model ye?

RUJUKAN

Komen Anda