Fesyen keluarga diraja Britain sentiasa mencuri tumpuan umum, bukan sahaja rakyat sana tapi serata dunia teruja melihat gaya mereka. Sama ada dress, tumit tinggi, stail rambut, mekap, beg tangan bahkan warna kuku juga, pengaruh mereka cukup besar sampaikan apa sahaja yang dipakai menjadi bual bicara juga ‘bisnes’.
Acapkali memakai beg tangan dari jenama yang sama, orang ramai seperti sudah dapat mengagak mungkin ini merupakan jenama kegemaran si cantik Meghan Markle.
Baru-baru ini, Meghan dilihat membimbit Strathberry Midi Tote rona coklat yang dipadamkan bersama dress hijau semasa lawatan pertamanya ke luar negara.
Dilaporkan beg tangan jenis tote ini berharga £525 (RM2525.36). Boleh tahan, tidak semahal mana dan masih mampu dimiliki. Koleksi ini hanya boleh didapati pre-order di laman web Strathberry dan tidak akan dihantar sehingga pertengahan Disember 2018.
Bukan sekali, bahkan Meghan mempunyai lebih daripada satu koleksi beg tangan dari jenama kelahiran United Kingdom itu. Di sini beliau mengenakan sling bag Strathberry East/West Mini rona hijau, manis dipadamkan dengan kot jenis checked dari rona yang sama.
Ternyata jenama kegemaran Meghan Markle ini mampu milik, kebanyakan koleksi berharga bawah RM3000. Mungkin ada yang kata mahal tapi kalau nak dibandingkan dengan beg yang kerap dibimbit selebriti tempatan, kebanyakan harga atas RM10,000. Cuba bayangkan…