Fan Bingbing boleh dilabel sebagai wanita tercantik di dunia, bintang paling popular di China, aktres dengan bayaran termahal di dunia tapi masih tidak mampu menyelesaikan skandal cukainya. Apakah…
Misteri kehilangan aktres Fan Bingbing dari dunia hiburan akhirnya terjawab apabila dia dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara. Aktres antik 36 tahun itu ditangkap polis kerana skandal cukai selepas dia disyaki menggunakan kontrak “Yin-Yang”.
Fan menandatangani dua kontrak untuk projek yang sama – satu bernilai $2 juta, manakala yang lain bernilai $10 juta. Kontrak pertama adalah satu-satunya yang dilaporkan kepada pihak berkuasa cukai, manakala kontrak lain masuk ke dalam poket peribadinya sendiri.
Securities Daily secara rasmi mengesahkan bahawa Fan telah ditangkap dan diletakkan di bawah kawalan dan akan menerima keputusan undang-undang dengan seadanya.
Laporan Securities Daily menyatakan bahawa kontrak “yin-yang” hanyalah sekadar mahu ‘menutup’ kejadian jahatnya. Dia juga disyaki mengambil bahagian pinjaman haram dan pelbagai bentuk rasuah yang lain. Tetapi kini dia bersedia menghadapi hukuman secara sah.
Tak faham banyak duit tapi masih mahu lari dari cukai.. Kenapa ye?