Istimewa untuk menyambut kehadiran musim Luruh/Sejuk 2018, H&M sekali lagi tampil dengan koleksi H&M Concious yang khabarnya dibuat menggunakan material dan fabrik dari bahan kitar semula termasuklah kain yang dihasil menggunakan serat poliester jenis kitar semula dipanggil TENCEL dan botol plastik kitar semula dipanggil PET.
Menggabungkan kehalusan ciri elegan serta elemen feminin yang sofistikated, rata-rata koleksi H&M Cioncious musim ini memanfaatkan perincian klasik seperti simpulan riben, lengan gelembung serta skirt berpotongan A.
Baik yang berbadan genit mahupun curvy, kamu pasti kelihatan gah dalam persalinan H&M Concious ini baik dalam acara formal atau bagi menghadiri majlis-majlis glamor yang dianjurkan sekitar hujung tahun nanti.
Tidak terhad dengan busana dress dan blaus semata, H&M Concious untuk musim Luruh/Sejuk 2018 turut hadir dalam persalinan berbentuk kasut but, aaksesori barang kemas, kot, jaket, pakaian dalam dan banyak lagi! Semuanya dilengkapi rona-rona menarik hati dari yang paling menonjol seperti kuning, merah samar dan biru gelap, hinggalah kepada warna monokrom seperti hitam dan putih.
Selain kasut yang diperbuat dari botol plastik kitar semula, jaket dan kot dari koleksi ini umpamanya diperbuat menggunakan serat poliester terpakai, manakala kebanyakan blaus dan dress pula diolah menggunakan kashmir dan material baldu terakai untuk wujudkan sensasi mewah.
Ternyata setiap satu helaian diserlahkan dengan pelbagai tekstur menarik untuk buat si pemakai kelihatan manis dan cantik. Siapa tahu semua ini diperbuat daripada bahan terpakai jenis kitar semula kan?
Klik [hm.com] untuk keterangan lanjut.