Tips

7 Hobi Yang Boleh Diubah Menjadi Sumber Pendapatan Lumayan!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
7 Hobi Yang Boleh Diubah Menjadi Sumber Pendapatan Lumayan!

Ramai sahaja anak-anak muda yang terdiri dari siswa dan siswazah Universiti mencari pendapatan sambilan untuk menambah duit poket dengan menjual secara atas talian, baik menerusi Instagram mahupun Facebook. Tak kurang, ada juga yang menjadi stokis sambilan -mengambil stok dari penjual induk, lalu mengagihkannya kepada pembeli setempat.

Jangan tak percaya, biarpun merupakan hobi atau dilakukan secara suka-suka, angka pendapatan mingguan individu yang menjalankan perniagaan sampingan ini bis amencapai ribuan ringgit tau?! Sekadar untuk memberi idea kepada pembaca semua, ini Wanista senaraikan 7 jenis hobi yang boleh diubah menjadi sumber pendapatan lumayan.

#1 Suka Main Permainan Video

Jika suami atau teman lelaki kamu gemar bermain video game, biarkan mereka. Tanpa sedar perkara yang mungkin melalaikan itu sebenarnya boleh dijadikan sumber pendapatan bernilai ribuan ringgit!

Foto -Polygon

Dalam permainan video tertentu, seorang pemain akan memerlukan prop atau alat bantuan yang kononnya akan digunakan karakter si pemain untuk meraih kemenangan, justeru mereka sebenarnya boleh menjual-beli prop dan alat bantuan yang dimiliki kepada pemain lain. Dari situ, pemain boleh mendapat duit secara buta-buta jika mereka bijak berdagang secara atas talian.

#2 Suka Tonton Filem/Drama

Kamu memang hantu K-Drama? Siapa sangka dengan hanya menonton filem pun kamu boleh menjana pendapatan dengan menjadi penterjemah. Ini adalah bonus bagi mereka yang cekap dalam bahasa-bahasa tertentu. Gaji seorang penterjemah boleh dikatakan mewah kerana ada kalanya ia dikira mengikut bilangan perkataan. Kalau satu episod ada beribu perkataan, untuk drama yang 200 episod dah berapa pula?!

#3 Suka Mekap

Awalnya kamu mungkin akan menggunakan modal yang besar untuk beli peralatan solekan serta barang-barang kosmetik yang berkualiti, tetapi jika kamu rajin merakam video kamu membuat tutorial, kamu mungkin bisa meraih wang! Lebih-lebih lagi jika ada jenama-jenama kosmetik antarabangsa yang berminat untuk menaja kamu.

Sumber -NotAModel.tv

Bila dah ada yang taja, tak perlulah beli mekap lagi, cuma perlu bermain dengan mekap yang ditaja saban hari sekaligus peroleh bayaran kerana membuat review dll.

#4 Suka Travel

Kalau dah namanya suka, kamu sebenarnya boleh top-up balik belanja yang korang dah keluarkan untuk travel tu dengan menjadi pemandu pelancong. Bonus juga untuk pelajar-pelajar Universiti yang belajar di luar negara tu. Kalau ada orang kita yang ke sana untuk melancing, ambil peluang untuk buka servis pemandu pelancong. Untuk-untung dapat juga jana duit poket kan?!

#5 Suka Menulis

Tidak semestinya kamu boleh mendapat wang hanya dengan cara memuat-naik entri dengan menulis blog. Kamu boleh juga menghantarkan artikel yang berlandaskan topik-topik menarik di beberapa buah organisasi penerbitan. Jika mereka berminat untuk menerbitkannya paling tidak RM200 sudah dalam tangan untuk satu artikel. Best kan?!

#6 Suka Pergi Gim/Bina Badan

Kalau korang suka keluar masuk gim tapi kadang-kadang takut bajet lari, mungkin boleh consider untuk ajar orang buat rutin senaman bina badan. Idea ni penulis dapat dari seorang kawan. Menurut dia, dia hanya perlu mengambil seorang klien setiap kali masuk ke gim, sambil mengajar, dia boleh dapat upah hingga RM300 untuk setiap sesi 2 jam. Dalam pada mengajar tu, dia tak rugi apa pun sebab masih boleh workout sama. 

#7 Suka Shopping!

Kalau kamu bijak kamu sebenarnya boleh mendapatkan wang lebih dnegan hanya membeli-belah.

Sumber: Tumblr

Syaratnya, beli item fesyen pada musim-musim jualan murah (sale). Lagi untung kaalau item yang kamu beli itu sedang on-trend. Apabila kamu sudah bosan dengannya, cukup selepas pakai sekali dua kamu boleh jualnya dengan harga sedikit tinggi daripada harga diskaun yang kamu dapat tu. Bila dapat duit hasil jualan nanti boleh shopping barang baru pula.

Paling penting kena ingat, tak semestinya bila kita usaha itu kita terus berjaya. Hidup kita ini ada pasang surutnya jadi perlu tetap sabar, tekun dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. Pokoknya, asalkan kita minat sesuatu itu In shaa Allah, pasti akan berjaya! Selamat beramal ❤

RUJUKAN

Komen Anda